SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

PM Australia lawat S’pura, perkukuh janji kerjasama bekalan tenaga

PM Australia lawat S’pura, perkukuh janji kerjasama bekalan tenaga

Apr 9, 2026 | 3:55 PM

PM Australia lawat S’pura, perkukuh janji kerjasama bekalan tenaga

Perdana Menteri Australia, Encik Anthony Albanese, mengunjungi Singapura dari 9 hingga 11 April.

Lawatan rasmi itu termasuk kunjungan ke kemudahan minyak dan tenaga di Pulau Jurong.

Pada 10 April, pemimpin Australia itu dijadual menikmati santapan tengah hari bersama Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Encik Lawrence Wong.

Menurut kenyataan Kementerian Ehwal Luar (MFA), pada 9 April, Encik Albanese akan meninjau Terminal LNG Singapura dan Syarikat Penapisan Singapura, di Pulau Jurong.

Lawatan itu mengukuhkan ikrar kerjasama yang dibuat pada Mac lalu oleh kedua-dua negara, bagi memastikan kelancaran bekalan barangan utama, seperti gas asli cecair (LNG) dan minyak petroleum, termasuk diesel.

Selepas perbualan telefon, pemimpin kedua-dua negara mengeluarkan kenyataan bersama yang menyuarakan “kebimbangan mendalam mengenai keadaan di Timur Tengah dan kesannya terhadap rantau kita, termasuk impak terhadap rantaian bekalan tenaga dan harga”.

Kedua-dua negara turut berjanji untuk mempercepat perbincangan perjanjian perdagangan bekalan penting.

Langkah itu selaras dengan peningkatan hubungan Singapura-Australia kepada Perkongsian Strategik Menyeluruh 2.0 (CSP 2.0) yang ditandatangani pada Oktober 2025.

Mereka juga akan menimbang pilihan bagi komitmen yang mengikat secara undang-undang pada masa hadapan, termasuk kaedah dua hala seperti perundingan dan pemberitahuan awal sekiranya berlaku gangguan bekalan.

MFA pada 9 April menyatakan lawatan Encik Albanese itu memantapkan “keadaan hubungan dua hala yang cemerlang” yang disokong oleh CSP 2.0.

Ia juga adalah yang terkini dalam rentetan pertukaran lawatan peringkat tinggi antara kedua-dua negara.

Akhir Mac lalu, Menteri Tenaga Manusia yang juga Menteri Bertanggungjawab bagi Tenaga, Sains dan Teknologi, Dr Tan See Leng, telah ke Canberra.

Beliau membincangkan daya tahan rantaian bekalan dan kerjasama tenaga boleh diperbaharui dengan rakan sejawatnya di Australia.

Encik Wong pula telah melawat Australia pada Oktober untuk memeterai CSP 2.0 yang diperbaharui.

Tenaga merupakan aspek penting dalam perdagangan antara Australia dengan Singapura.

Awal April, Encik Wong menyatakan bahawa Singapura akan memperluas kerjasama dengan Australia sebagai pembekal utama LNG.

Negara itu menyumbang lebih satu pertiga daripada bekalan LNG Singapura.

Singapura juga merupakan sumber utama minyak untuk Australia.

Encik Wong menambah, Singapura telah memulakan langkah proaktif untuk mengukuhkan daya tahan tenaga dan rantaian bekalan negara ini.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg