Topik diikuti
Pergi ke BHkuPM: Faishal akur tindakan melampaui batas
PM: Faishal akur tindakan melampaui batas
PM: Faishal akur tindakan melampaui batas
Dalam sidang akhbar mengenai rombakan Kabinet pada 22 Julai, Berita Harian telah mengajukan soalan kepada Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong, tentang peletakan jawatan Pemangku Menteri Bertanggungjawab Bagi Ehwal Masyarakat Islam, Profesor Madya Dr Faishal Ibrahim. Berikut sedutan soalan dan jawapan.
Soalan Berita Harian: PM, saya mempunyai satu soalan mengenai Profesor Faishal, berikutan dialog anda bersama para pemimpin Melayu/Islam semalam. Terdapat sokongan dan simpati yang meluas daripada masyarakat Melayu/Islam terhadap beliau berikutan peletakan jawatannya. Ramai yang meluahkan rasa kehilangan, ada yang berpendapat bahawa keputusan tersebut terlalu keras, malah terdapat juga gesaan agar peletakan jawatannya dipertimbangkan semula.
Reaksi-reaksi ini mungkin sebahagiannya berpunca daripada maklumat yang terhad mengenai kes tersebut, khususnya berhubung bentuk perbualan dalam talian dan dakwaan gangguan yang berlaku. Saya ada beberapa soalan:
Pertama, bolehkah anda memberikan pencerahan yang lebih terperinci mengenai bentuk perbualan dalam talian yang membawa kepada keputusan ini?
Kedua, adakah Profesor Faishal tertakluk kepada piawaian tatasusila yang lebih tinggi kerana kedudukannya sebagai Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam?
Ketiga, apakah maklum balas anda terhadap reaksi masyarakat sejauh ini?
Jawapan PM Wong:
“Apabila saya mendengar tentang hal tersebut buat kali pertama, reaksi asal saya ialah saya tidak percaya dan terkejut. Saya sangkakan isi kandungan pertukaran mesej itu palsu. Namun, ternyata dan malangnya, ia benar dan interaksi itu berlaku. Dr Faishal sendiri, setelah bermuhasabah tentang perkara itu, menyedari bahawa beliau tidak lagi wajar untuk terus memegang jawatan sebagai pemegang jawatan politik dan Anggota Parlimen (AP).
Menurut penjelasannya, beliau cuba sedaya upaya mengendalikan apa yang dirasakannya sebagai satu situasi yang janggal dan tidak mahu memutuskan interaksi dengan wanita tersebut secara mendadak. Namun, beliau mengakui telah melakukan kesilapan yang amat serius apabila terus berinteraksi dengannya walaupun sifat interaksi itu telah melampaui batas yang sepatutnya. Beliau juga mengakui bahawa, secara objektif, respons dan interaksinya dengan wanita itu boleh dipersoalkan serta tidak wajar.
Atas sebab itulah, beliau memohon untuk meletakkan jawatan. Saya telah cuba sedaya upaya meneliti hal ini untuk melihat jika ada jalan bagi beliau untuk terus berkhidmat sebagai pemegang jawatan politik, meskipun setelah segala yang telah berlaku. Namun, harus ingat, ini bukan lagi urusan peribadi antara dua individu dan dua orang dewasa atas persetujuan bersama. Satu aduan telah dibuat terhadap beliau. Perkara ini telah menjadi perhatian umum. Oleh itu, kita perlu menanganinya secara objektif.”
Jika perkara ini terjadi kepada AP lain dalam Parti Tindakan Rakyat (PAP), proses yang sama, piawaian yang sama dan akibat yang sama akan berlaku. Dr Faishal merupakan Pemangku Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal (Masyarakat) Islam. Beliau memikul tanggungjawab sebagai Menteri. Ada juga jangkaan tertentu oleh masyarakat terhadap beliau. Namun, piawaian yang sama akan dikenakan ke atas semua AP PAP.
“Saya tahu ia susah dan menyakitkan untuk kehilangan seseorang seperti Dr Faishal. Saya benar-benar memahami itu dan saya faham akan limpahan sokongan serta simpati terhadap beliau daripada warga Singapura, khususnya, masyarakat Melayu/Islam. Beliau telah melakukan satu tugas yang baik di mana sahaja beliau pergi sebagai AP dan pemegang jawatan politik.
Apa sahaja yang telah berlaku, insiden ini sama sekali tidak mengurangkan sumbangan besar yang telah beliau berikan kepada Singapura sepanjang 20 tahun yang lalu. Dalam keadaan seperti ini, saya mengakui sepenuhnya bahawa mungkin terdapat kecenderungan untuk kita melihat sama ada kita boleh memberikan pengecualian kepada beliau.
Namun, saya berpendapat berbuat demikian hanya akan menyebabkan lebih banyak kerosakan dan kemudaratan kepada Singapura pada akhirnya. Kita menilai berdasarkan bukti yang ada, kita perlu melakukan perkara yang betul, dan kita perlu teruskan untuk mengekalkan kepercayaan yang diberikan oleh rakyat Singapura terhadap sistem politik kita dan institusi awam kita. Ini amat menyedihkan dan sangat malang, tetapi kita perlu bergerak ke hadapan dari sini.”
“
“Saya telah cuba sedaya upaya meneliti hal ini untuk melihat jika ada jalan bagi beliau untuk terus berkhidmat sebagai pemegang jawatan politik, meskipun setelah segala yang telah berlaku. Namun, harus ingat, ini bukan lagi urusan peribadi antara dua individu dan dua orang dewasa atas persetujuan bersama. Satu aduan telah dibuat terhadap beliau. Perkara ini telah menjadi perhatian umum. Oleh itu, kita perlu menanganinya secara objektif.”“
“Dr Faishal telah melakukan satu tugas yang baik di mana sahaja beliau pergi sebagai AP dan pemegang jawatan politik. Apa sahaja yang telah berlaku, insiden ini sama sekali tidak mengurangkan sumbangan besar yang telah beliau berikan kepada Singapura sepanjang 20 tahun yang lalu.”