Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

PM Lee, DPM Wong temui Menteri Luar China

Aug 11, 2023 | 7:32 PM
PERKUKUH HUBUNGAN: Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong (kanan), bertemu Menteri Luar China, Encik Wang Yi, di Istana pada Jumaat.
PERKUKUH HUBUNGAN: Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong (kanan), bertemu Menteri Luar China, Encik Wang Yi, di Istana pada Jumaat. - Foto MCI

Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong, bertemu Menteri Luar China, Encik Wang Yi, pada Jumaat, di mana kededua pemimpin menekankan lagi hubungan jangka panjang dan penting antara Singapura dengan China yang telah dipertingkat pada April tahun ini.

Kededua pemimpin juga berbincang cara-cara memperluas dan mempertingkat kerjasama yang boleh memberi manfaat kepada Singapura, China dan rantau ini, kata Kementerian Ehwal Luar (MFA) dalam kenyataannya pada Jumaat.

“Encik Lee mengalu-alukan penglibatan China yang berterusan dengan Asean dan melahirkan harapan kerjasama Asean-China yang lebih rapat. Kededua pihak turut menekankan peri penting membina rantau yang terbuka, aman dan inklusif,” kata kenyataan itu.

Encik Wang, yang juga Pengarah Pejabat Suruhanjaya Pusat Ehwal Luar China dan anggota Jawatankuasa Pusat Biro Politik Parti Komunis China, sedang mengadakan kunjungan ke Singapura dari 10-11 Ogos.

Pada Jumaat, Encik Wang turut bertemu Timbalan Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong. Kededua pemimpin mengimbau kemajuan baik dalam kerjasama dua hala yang boleh dilihat dalam projek bersama di Suzhou, Tianjin dan Chongqing, kata MFA.

Encik Wong akan mengadakan lawatan ke China pada tahun ini untuk menjadi pengerusi bersama Majlis Bersama bagi Kerjasama Dua Hala (JCBC) ke-19, dengan Naib Perdana Menteri China, Encik Ding Xuexiang.

Menurut MFA, Encik Wong juga meluahkan sokongan secara berprinsip kepada hasrat China menyertai Perjanjian Menyeluruh dan Progresif bagi Kerjasama Rentas Pasifik (CPTPP).

Encik Wang juga telah dijamu makan oleh Menteri Ehwal Luar, Dr Vivian Balakrishnan, pada 10 Ogos.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg