Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18

PM Lee: Ekon S’pura dijangka lebih positif pada 2024

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PM Lee: Ekon S’pura dijangka lebih positif pada 2024

Feb 09, 2024 | 02:40 PM



Terdapat tanda-tanda positif bahawa ekonomi sedang bangkit dan 2024 lebih memberangsangkan berbanding 2023, kata Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong.

Namun, ada juga ketidaktentuan disebabkan faktor luar, seperti ekonomi dua kuasa besar dunia, Amerika Syarikat dan China.

Akur bahawa ekonomi Singapura pada 2023 agak mantap dan kemelesetan dapat dielak, Encik Lee berkata beliau berharap 2024 adalah tahun yang lebih kukuh lagi.

“Kami tidak dapat memastikan dengan tepat bagaimana ia akan berlaku (keadaan ekonomi) kerana ia bergantung pada Amerika, sama ada mereka berjaya meredakan inflasi mereka atau tidak dan mengelak kemelesetan.

“Bergantung pada apa yang berlaku di China juga, sama ada ekonomi pulih dengan kuat atau tidak. Bergantung juga pada industri elektronik, yang menunjukkan tanda-tanda kebangkitan dan kami sedang mengalaminya.

“Jadi ada tanda-tanda positif tetapi ada juga ketidakpastian,” kata Encik Lee.

Mengulas lebih lanjut, beliau berkata antara tanda positif adalah banyak projek baru dalam sektor binaan sedang diusahakan dan bilangan penerbangan ke dan dari China juga akan bertambah, yang akan memberi kesan positif terhadap sektor makanan dan minuman serta runcit.

Pada masa yang sama, masih ada risiko yang perlu diambil kira kerana dunia masih belum aman sekarang dan ini boleh memberi kesan negatif terhadap ekonomi.

Kementerian Perdagangan dan Perusahaan (MTI) akan mengeluarkan anggaran lebih tepat, tambahnya.

“Tetapi, daripada apa yang boleh kita lihat sekarang, nampaknya tahun ini akan lebih kukuh daripada tahun lalu. Dari sudut pandangan warga Singapura, syarikat dan pemerintah, kita patut rasa gembira dengan (perkembangan) ini,” ujarnya.

Encik Lee dan isteri, Cik Ho Ching, telah menyertai pemimpin gerakan buruh melawat 60 pekerja jagaan kesihatan di Hospital Besar Ng Teng Fong (NTFGH) dan Hospital Masyarakat Jurong (JCH) untuk menzahirkan penghargaan terhadap dedikasi mereka menyediakan khidmat penting semasa tempoh Tahun Baru Cina (CNY).

Mereka disertai Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC), Cik K Thanaletchimi; Setiausaha Agung NTUC, Encik Ng Chee Meng, pemimpin buruh Kesatuan Sekerja Perkhidmatan Penjagaan Kesihatan (HSEU) dan wakil pengurusan NTFGH dan JCH.

Semasa lawatan tersebut, Encik Lee dan isteri sempat memberi beg sagu hati mengandungi buah oren, keropok, ‘hongbao’ daripada NTUC dan set cawan teh daripada Cik Ho kepada profesional kesihatan bersekutu, doktor, jururawat serta kakitangan hospital lain.

Memandangkan 2024 dijangka menjadi tahun terakhir Encik Lee melakukan lawatan pada Tahun Baru Cina sebagai perdana menteri, beliau sempat mengenang pengalamannya pada tahun-tahun sebelum ini.

Encik Lee berkata beliau telah melawat pelbagai sektor berbeza saban tahun walaupun sebelum dilantik sebagai PM dan sangat senang hati dapat bertemu dengan pelbagai pekerja.

Lawatannya ke NTFGH dan JCH pada 2024 adalah untuk melahirkan rasa terima kasih kepada para doktor, jururawat dan kakitangan penjagaan kesihatan yang telah memikul tanggungjawab besar semasa tempoh Covid-19.

PM Lee berkata meskipun tempoh pandemik sudah beransur pergi, bilangan pesakit terus meningkat dan para karyawan ini masih terus perlu memberi penjagaan, sekali gus memastikan piawaian tinggi penjagaan kesihatan di Singapura dikekalkan.

Dalam pada itu, sempena tahun naga dalam kalendar Cina, Encik Lee sempat menggalak lebih ramai pasangan cuba menambah cahaya mata.

Banyak usaha telah dilakukan daripada pihak pemerintah, termasuk meningkatkan bilangan cuti ibu bapa dan sebagainya, tetapi “kami mempunyai beberapa idea untuk melakukan lebih banyak lagi”, kata beliau.

“DPM (Timbalan Perdana Menteri) Lawrence dan pasukannya telah bekerja keras dalam hal ini. Kami telah bincangkan beberapa idea – saya akan beri peluang kepadanya mengumumkan berita baik.

“Tahun naga selalunya bererti berita baik, jadi saya harap kemungkinan mendapatkan bayi naga akan menggalak lebih ramai pasangan mencubanya. Anda tidak akan menyesal!” kata PM Lee.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >