Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

PM Lee lawat Madinah

Oct 19, 2023 | 5:45 PM
KUNJUNG MASJID NABAWI: Encik Lee Hsien Loong (lima dari kiri)  bersama delegasinya melawat Masjid Nabawi di Madinah. Lawatan beliau ke kota itu dihoskan oleh kerajaan Arab Saudi.
KUNJUNG MASJID NABAWI: Encik Lee Hsien Loong (lima dari kiri) bersama delegasinya melawat Masjid Nabawi di Madinah. Lawatan beliau ke kota itu dihoskan oleh kerajaan Arab Saudi. - Foto MCI

Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong, berkunjung ke Madinah pada Khamis dalam lawatan pertamanya ke kota suci kedua Islam setelah Makkah itu.

Lawatan Encik Lee ke Madinah Al-Munawwarah, atau Kota Bercahaya, itu dihoskan oleh kerajaan Arab Saudi, menurut jurucakap Pejabat Perdana Menteri (PMO).

LAWATAN KE MADINAH: Encik Lee Hsien Loong (kiri) dan Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad memandang ke arah Masjid Nabawi dalam lawatan mereka ke Madinah.
LAWATAN KE MADINAH: Encik Lee Hsien Loong (kiri) dan Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad memandang ke arah Masjid Nabawi dalam lawatan mereka ke Madinah. - Foto MCI

Ia sebahagian daripada acara lawatan rasmi beliau ke Arab Saudi dari Selasa hingga Jumaat.

Di sana, Encik Lee antara lain melawat Masjid Nabawi, yang menempatkan makam Nabi Muhammad saw. Beliau disertai Menteri Ehwal Luar, Dr Vivian Balakrishnan; Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad; dan Menteri Tenaga Manusia, Dr Tan See Leng.

Encik Lee dan delegasi beliau turut berkunjung ke Masjid Quba, masjid pertama yang dibangunkan dalam sejarah Islam. Nabi Muhammad saw meletak batu pertama masjid itu, sebelum pembangunannya diteruskan oleh sahabat baginda.

Encik Lee juga berkunjung ke Al Ula, bandar bersejarah di utara Madinah yang dibangunkan sebagai tarikan pelancong bagi merancakkan ekonomi Arau Saudi.

Di bawah Visi 2030 yang bertujuan mengurangkan kebergantungan Arab Saudi pada eksport minyak, ia antara lain ingin menarik lebih ramai pengunjung dari seluruh dunia.

Dengan visa elektronik yang diperkenal pada 2019, jutaan pengunjung telah melawat negara itu dan ini membantu menghasilkan pekerjaan dan memacu pertumbuhan ekonomi tempatan.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg