Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

PM Lee mulakan lawatan rasmi ke Hanoi

Aug 28, 2023 | 5:30 AM
Perdana Menteri Encik Lee Hsien Loong tiba di Hanoi, Vietnam
Perdana Menteri Encik Lee Hsien Loong tiba di Hanoi, Vietnam - Foto ZAOBAO

DISAMBUT MESRA: Perdana Menteri Lee Hsien Loong tiba di Hanoi, Vietnam sekali gus memulakan rangka lawatan rasmi ke negara itu selama tiga hari, mulai Ahad. Encik Lee telah disambut mesra oleh (sebelah Encik Lee) Menteri Buruh, Pesakit dan Ehwal Sosial Vietnam, Encik Dao Ngoc Dung, di samping beberapa pegawai pemerintah lain, di Lapangan Terbang Antarabangsa Noi Bai. Ini merupakan lawatan Encik Lee yang pertama ke Hanoi sejak 2018, di mana beliau menghadiri Forum Ekonomi Dunia Asean. Dalam lawatan ini, Encik Lee diiringi oleh Menteri Ehwal Luar, Dr Vivian Balakrishnan; Menteri Pendidikan, Encik Chan Chun Sing; dan Menteri Tenaga Manusia merangkap Menteri Kedua Perdagangan dan Perusahaan, Dr Tan See Leng. Beliau dijadualkan bertemu dengan Perdana Menteri Vietnam, Encik Pham Minh Chinh; Presiden, Encik Vo Van Thuong dan beberapa pemimpin lain seperti Setiausaha Agung Parti Komunis Vietnam, Encik Nguyen Phu Trong. Kunjungan ini dibuat sedang Singapura dan Vietnam menyambut ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik dan ulang tahun ke-10 bagi kerjasama strategik.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg