Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

PM Lee sampaikan ucapan Rapat Hari Kebangsaan 20 Ogos

Jun 13, 2023 | 7:21 PM
RAPAT HARI KEBANGSAAN: Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong semasa menyampaikan ucapan Rapat Hari Kebangsaan (NDR) pada Ogos 2022 lalu.
RAPAT HARI KEBANGSAAN: Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong semasa menyampaikan ucapan Rapat Hari Kebangsaan (NDR) pada Ogos 2022 lalu. - Foto ZAOBAO

Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong akan menyampaikan Ucapan Rapat Hari Kebangsaan 2023 pada 20 Ogos, kata Pejabat Perdana Menteri pada Selasa.

Ia akan diadakan di Institut Pendidikan Teknikal (ITE) Central di Ang Mo Kio.

Pada Rapat Hari Kebangsaan 2022, Encik Lee mengumumkan pemansuhan Seksyen 377A dan juga pelonggaran keperluan memakai pelitup muka dalam bangunan. Dengan negara berada di tengah-tengah pandemik Covid-19 pada ketika itu, beliau juga menggesa warga Singapura supaya membuat persediaan mental untuk menghadapi keadaan geopolitik yang tegang dan cabaran ekonomi.

Pada perhimpunan itu, Encik Lee juga memberi perincian mengenai rancangan membina 150,000 rumah baru di Paya Lebar, berikutan penempatan semula Pangkalan Udara Paya Lebar. Beliau juga memberi butiran tentang pembangunan Terminal 5 di Lapangan Terbang Changi dan Pelabuhan Tuas.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg