Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18

PM Lee temui Raja Bhutan di Brunei, bincang perkukuh kerjasama dua hala

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PM Lee temui Raja Bhutan di Brunei, bincang perkukuh kerjasama dua hala

Jan 16, 2024 | 05:37 PM



Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong, bertemu Raja Jigme Khesar Namgyel Wangchuck dari Bhutan semasa lawatannya ke Brunei dari 13 hingga 15 Januari sempena menghadiri Majlis Pernikahan Diraja Brunei, Putera Abdul Mateen Bolkiah, bersama isterinya, Dayang Anisha Rosnah Adam.

Semasa pertemuan itu, Encik Lee turut mengucapkan tahniah kepada Raja Jigme atas pilihan raya umum Bhutan pada 9 Januari, dan kedua-dua pemimpin turut membincangkan cara mengukuhkan kerjasama dua hala, kata Kementerian Ehwal Luar (MFA) dalam satu kenyataan pada 16 Januari.

Semasa lawatan tiga harinya di Brunei, Encik Lee ditemani isterinya, Cik Lee; Menteri Kanan merangkap Menteri Penyelaras Bagi Keselamatan Negara, Encik Teo Chee Hean; dan Menteri Ehwal Luar, Dr Vivian Balakrishnan.

Pada 14 Januari, Encik Lee dan delegasinya menghadiri Majlis Istiadat Bersanding Pengantin Diraja di Istana Nurul Iman, yang merupakan sambutan kemuncak perayaan 10 hari majlis perkahwinan di Brunei itu yang turut dihadiri pemimpin kerajaan dan tetamu terhormat dari Asia dan Timur Tengah.

Pemimpin diraja dari Jordan, Arab Saudi, Amiriah Arab Bersatu, Bahrain dan Bhutan disenaraikan antara 5,000 tetamu yang hadir.

Pada 15 Januari pula, Encik Lee menghadiri Majlis Persantapan Diraja di Istana Nurul Iman dan bertemu dengan Sultan Brunei, Sultan Haji Hassanal Bolkiah, di mana kedua-dua pemimpin negara mengesahkan komitmen rapat dan kukuh antara Singapura dan Brunei.

Susuli pertemuannya dengan Sultan Brunei, Encik Lee berkata hubungan antara rakyat Singapura dengan Brunei terjalin amat mendalam dan bermula sejak zaman Perdana Menteri Pengasas Singapura, mendiang Encik Lee Kuan Yew, dan Almarhum Sultan Omar Ali Saifuddien, iaitu ayah Sultan Haji Hassanal Bolkiah.

“Tahun ini kita menyambut ulang tahun hubungan diplomatik yang ke-40 tahun dengan Brunei.

“Di sebalik sambutan perkahwinan 10 hari yang sibuk, saya mengucapkan terima kasih kepada Sultan Hassanal Bolkiah kerana memperuntukkan masa untuk bertemu saya hari ini,” kata Encik Lee.

Dalam catatan di Facebook juga, Encik Lee mengucapkan tahniah kepada Putera Mateen dan isterinya dan berkata beliau “gembira dapat kembali ke Brunei bagi majlis perkahwinan itu”.

“Saya sudah lama mengenali Putera Mateen menerusi persahabatan yang sudah lama terjalin dan banyak pertemuan yang saya adakan dengan bapanya, Sultan Haji Hassanal Bolkiah, dan datuk mentuanya, Pehin Isa Ibrahim.

“Amat senang sekali untuk melihat Putera Mateen dan Dayang Anisha memulakan babak baru kehidupan dan cinta bersama!” kata Encik Lee.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >