Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

PM Wong adakan jamuan tengah hari untuk Putera Mahkota Abu Dhabi

Oct 30, 2024 | 7:20 PM
Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong (kanan), mengadakan satu jamuan tengah hari untuk Putera Mahkota Abu Dhabi, Sheikh Khaled Mohamed Zayed Al Nahyan, di Hotel Fullerton pada 30 Oktober.
Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong (kanan), mengadakan satu jamuan tengah hari untuk Putera Mahkota Abu Dhabi, Sheikh Khaled Mohamed Zayed Al Nahyan, di Hotel Fullerton pada 30 Oktober. - Foto MDDI

Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong, mengadakan satu jamuan tengah hari untuk Putera Mahkota Abu Dhabi, Sheikh Khaled Mohamed Zayed Al Nahyan, di Hotel Fullerton pada 30 Oktober.

Putera Mahkota Sheikh Khaled berada di Singapura bagi satu lawatan rasmi dua hari yang bermula pada 29 Oktober atas undangan Encik Wong.

Ini merupakan lawatan rasmi pertama beliau ke sini.

Dalam satu hantaran di Facebook pada 30 Oktober, Encik Wong berkata beliau dan Putera Mahkota Sheikh Khaled mempunyai perbualan baik, sekali gus “mencerminkan sikap saling mempercayai dan persahabatan antara kedua-dua negara”.

Turut hadir dalam jamuan itu ialah Menteri Ehwal Luar, Dr Vivian Balakrishnan, dan Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, di samping anggota sebuah delegasi pegawai peringkat menteri Amiriah Arab Bersatu (UAE).

Awal dari itu pada 29 Oktober, Singapura dan UAE menandatangani lapan Memorandum Persefahaman (MOU) meliputi kerjasama dalam pelbagai bidang.

Ia termasuk dalam pembangunan sosial, pendidikan eksekutif, pembangunan kepimpinan, kerjasama perkhidmatan awam, latihan guru, kecerdasan buatan (AI) dan tenaga nuklear awam.

Ketibaan Putera Mahkota Sheikh Khaled disambut dengan penuh istiadat pada 29 Oktober di Bangunan Parlimen, sebelum beliau bertemu Encik Wong.

Kementerian Ehwal Luar (MFA) berkata, dalam satu kenyataan pada 29 Oktober, bahawa kedua-dua pemimpin itu menegaskan lagi persahabatan mesra antara Singapura dengan UAE serta kepentingan bersama yang dikongsi dua negara itu sebagai negara kecil dan hab di rantau masing-masing.

Dalam satu hantaran di Facebook pada 29 Oktober pula, Encik Wong berkata beliau dan Putera Mahkota Abu Dhabi itu mengadakan perbincangan merangkumi pelbagai topik, termasuk geopolitik, tenaga bersih, pelancongan dan pemprograman muzium.

“Negara kami merupakan hab bagi rantau masing-masing, dan komited terhadap perintah antarabangsa yang berasaskan peraturan.

“Kami boleh meraih banyak manfaat dengan memperkukuh hubungan kami, dan mempelajari daripada pengalaman satu sama lain.

“(Saya) Berharap untuk mengeratkan hubungan kami sedang kami menyambut ulang tahun ke-40 hubungan diplomatik tahun depan (2025),” ujar Encik Wong.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg