Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

PM Wong akan hadiri Chogm di Samoa

Oct 22, 2024 | 6:47 PM
Encik Lawrence Wong akan menghadiri Mesyuarat Ketua-Ketua Pemerintah Komanwel (Chogm) dari 25 hingga 26 Oktober 2024 di Apia, Samoa.
Encik Lawrence Wong akan menghadiri Mesyuarat Ketua-Ketua Pemerintah Komanwel (Chogm) dari 25 hingga 26 Oktober 2024 di Apia, Samoa. - Foto fail

Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, Encik Lawrence Wong, akan menghadiri Mesyuarat Ketua-Ketua Pemerintah Komanwel (Chogm) dari 25 hingga 26 Oktober di Apia, Samoa, kata Kementerian Ehwal Luar (MFA) dalam satu kenyataan pada 22 Oktober.

Dalam kenyataan itu juga MFA menyatakan Menteri Ehwal Luar, Dr Vivian Balakrishnan, akan menghadiri Mesyuarat Menteri-Menteri Komanwel mengenai Negeri-Negeri Kecil (CMMSS) dan Mesyuarat Menteri-Menteri Ehwal Luar Komanwel (CFAMM), pada 23 dan 24 Oktober.

Di CMMSS, para menteri luar akan membincangkan cabaran yang dihadapi oleh negara-negara kecil dan bersetuju dengan tindakan konkrit untuk membina daya tahan dan menangani kelemahan.

Di CFAMM, para menteri luar akan menyemak perkembangan Komanwel dan membincangkan isu kepentingan bersama bagi negara anggota, termasuk pembangunan mampan dan perubahan iklim.

Dr Balakrishnan juga akan mengadakan pertemuan dua hala dengan rakan sejawatannya di luar CMMSS dan CFAMM, tambah kenyataan itu.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg