Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

PM Wong, Anwar potong kek rai hubungan 60 tahun S’pura-M’sia

Dec 4, 2025 | 7:02 PM
Lawrence Wong, Datuk Seri Anwar Ibrahim, singapore, malaysia
Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong, dan rakan sejawatnya dari Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim, sama-sama memotong kek yang disediakan khas bagi sambutan ulang tahun ke-60 hubungan dua hala S’pura-M’sia. - Foto ZAOBAO

Sambutan ulang tahun ke-60 hubungan dua hala Singapura-Malaysia diraikan dengan penuh kemanisan pada 4 Disember.

Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong, dan rakan sejawatnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim, sama-sama memotong kek perisa red velvet nutella buttercream yang disediakan khas bagi sambutan ulang tahun itu.

Acara potong kek itu diadakan sempena Rahat Pemimpin Singapura-Malaysia ke-12, yang diadakan di The Ritz-Carlton, Millenia Singapore.

Ini merupakan kali kedua Encik Wong dan Datuk Anwar mengadakan rahat pemimpin bersama sebagai perdana menteri.

Kali pertama telah diadakan di Putrajaya, Malaysia, pada Januari 2025.

Sebagai jiran terdekat dan rakan utama Asean, Singapura dan Malaysia berkongsi kerjasama erat dan kukuh dalam pelbagai sektor.

Kedua-dua Singapura dan Malaysia kekal sebagai rakan dagang kedua terbesar satu sama lain pada 2024.

Perdagangan dua hala berjumlah AS$78.70 bilion ($102 bilion) dari Januari hingga Oktober 2025, yang membentuk 13.5 peratus daripada perdagangan keseluruhan Malaysia.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg