Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

PM Wong bentang Belanjawan 2025 pada 18 Feb

Kos sara hidup, keselamatan pekerjaan antara isu yang dijangka diutarakan
Feb 3, 2025 | 4:37 PM
Keselamatan pekerjaan dan kos sara hidup antara isu utama yang dijangka diutarakan dalam kenyataan Belanjawan pertama Encik Lawrence Wong sebagai Perdana Menteri.
Keselamatan pekerjaan dan kos sara hidup antara isu utama yang dijangka diutarakan dalam kenyataan Belanjawan pertama Encik Lawrence Wong sebagai Perdana Menteri. - Foto fail

Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong, akan membentangkan Belanjawan 2025 pada 18 Februari, 3.30 petang di Parlimen.

Kementerian Kewangan (MOF) pada 3 Februari menyatakan ucapan tersebut akan disiarkan secara langsung di televisyen dan radio.

Kos sara hidup dan keselamatan pekerjaan antara isu yang dijangka diutarakan dalam Belanjawan pertama Encik Wong sebagai perdana menteri.

Pautan bagi siaran langsung ucapan Belanjawan akan tersedia di laman web Belanjawan Singapura.

Kenyataan lengkap Belanjawan juga akan dimuat naik di laman web tersebut selepas ucapan itu disampaikan, menurut kementerian tersebut pada 27 Disember.

Pengumuman utama daripada kenyataan Belanjawan akan dikemas kini di platform media sosial MOF, lapor The Straits Times (ST).

Pembaca boleh mendapatkan butiran terkini secara langsung dan menonton siaran langsung ucapan Encik Wong di laman web ST pada 18 Februari.

Sejak Disember 2024, MOF dan pelbagai agensi, termasuk unit maklum balas pemerintah, Reach, dan Persatuan Rakyat (PA), telah berinteraksi dengan orang ramai menjelang Belanjawan 2025.

Orang ramai boleh mengemukakan pandangan mereka mengenai Belanjawan melalui saluran maklum balas di laman mikrosit Belanjawan 2025 Reach (go.gov.sg/budget2025); halaman Facebook Reach Singapore (facebook.com/REACHSingapore); halaman Instagram Reach Singapore (instagram.com/reachsg); dan Dialog Pasca-Belanjawan 2025 PA dalam Masyarakat (go.gov.sg/akksyvb25).

Reach juga akan mengadakan dua Sesi Perbincangan Belanjawan secara langsung dalam Bahasa Inggeris (20 Februari) dan Mandarin (13 Mac).

Sesi pada 20 Februari, yang akan diadakan di Pusat Kebudayaan Cina Singapura dari 7 malam hingga 9.30 malam, akan dihadiri Menteri di Pejabat Perdana Menteri yang juga Menteri Kedua (Kewangan merangkap Pembangunan Negara), Cik Indranee Rajah, serta pengerusi Reach, yang juga Menteri Negara Kanan (Penerangan dan Pembangunan Digital merangkap Pembangunan Negara), Encik Tan Kiat How.

Mereka yang berminat untuk menghadiri sesi tersebut boleh mendaftar sekarang di https://go.gov.sg/reachbudget25-eng

Sesi pada 13 Mac pula akan dihadiri Menteri Pengangkutan merangkap Menteri Kedua Kewangan, Encik Chee Hong Tat, serta timbalan pengerusi Reach, Encik Eric Chua, yang juga Setiausaha Parlimen Kanan (Kebudayaan, Masyarakat dan Belia merangkap Pembangunan Sosial dan Keluarga).

Butiran pendaftaran akan diumumkan kemudian.

Reach juga akan menganjurkan siri pertemuan bagi orang ramai berkongsi pandangan mengenai Belanjawan.

Ini termasuk tempat mendengar di lokasi tumpuan ramai di seluruh Singapura serta siri perbincangan panel luar, kata MOF.

Butiran mengenai pertemuan yang akan datang boleh didapati di laman web Reach Belanjawan 2025.

PA dan pertubuhan akar umbinya akan menganjurkan dialog pasca-Belanjawan untuk melibatkan penduduk dan mendapatkan pandangan mereka mengenai langkah-langkah Belanjawan 2025. 

Mereka yang berminat untuk menghadiri dialog tersebut boleh mendaftar di go.gov.sg/postbudget2025

Pendaftaran akan dibuka sehingga tengah hari pada 28 Februari.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg