PM Wong bentang Belanjawan 2026 pada 12 Feb

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

PM Wong bentang Belanjawan 2026 pada 12 Feb

Jan 29, 2026 | 5:31 PM

PM Wong bentang Belanjawan 2026 pada 12 Feb

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Encik Lawrence Wong, dijangka mengulas isu yang menjadi keutamaan rakyat Singapura, termasuk tekanan kos sara hidup, persekitaran luaran yang tidak menentu, serta kesan teknologi.
Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Encik Lawrence Wong, dijangka mengulas isu yang menjadi keutamaan rakyat Singapura, termasuk tekanan kos sara hidup, persekitaran luaran yang tidak menentu, serta kesan teknologi. - Foto MDDI

Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong, akan membentangkan ucapan Belanjawan 2026 di Parlimen, pada 3.30 petang, 12 Februari.

Encik Wong, yang juga Menteri Kewangan, dijangka mengulas isu yang menjadi keutamaan rakyat Singapura, termasuk tekanan kos sara hidup, persekitaran luaran yang tidak menentu, serta kesan teknologi.

Ucapan tersebut akan disiarkan secara langsung di saluran YouTube Kementerian Penerangan dan Pembangunan Digital (MDDI).

Demikian menurut Kementerian Kewangan (MOF) dalam satu kenyataan pada 29 Januari.

Ucapan itu akan turut disiarkan secara langsung di televisyen melalui saluran Mediacorp Channel 5, dengan terjemahan bahasa isyarat secara serentak disediakan oleh Persatuan Orang Pekak Singapura (SADeaf). 

Ia juga akan disiarkan di radio melalui saluran CNA938 dan Capital 958.

Butiran terkini masa nyata mengenai sorotan utama Belanjawan juga akan disediakan di wadah media sosial MOF.

Rakyat Singapura juga boleh melungsuri laman web Belanjawan MOF untuk menerima salinan penuh kenyataan Belanjawan melalui e-mel selepas pembentangan selesai.

Selain itu, pembaca boleh mendapatkan laporan lanjut dan susulan di laman web Berita Harian (BH).

Pada September 2025, Encik Wong berkata perbelanjaan pemerintah akan meningkat sebagai peratusan daripada Hasil Kasar Dalam Negeri (GDP) Singapura bagi memenuhi keperluan yang kian meningkat.

Namun, pemerintah akan mengekalkan Belanjawan yang seimbang “dalam jangka masa sederhana”.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg