Sekitar 3,000 tetamu menyambut kemeriahan perayaan Tahun Baru Cina bersama Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong, dan para menteri Kabinet, dalam satu pesta yang diadakan di Istana pada 9 Februari.
Pesta Taman Tahun Baru Cina 2025 itu, anjuran Persatuan Rakyat (PA), turut menampilkan pelbagai hiasan seni yang dibuat daripada hongbao merah dan bahan mampan dan mesra alam yang lain.
Encik Wong, selaku tuan rumah dan juga pengerusi PA, sibuk beramah-tamah dengan tetamu sambil mengambil gambar.
Antara yang bergambar dengan beliau ialah para anggota Rangkaian Belia Sengkang bersama karya seni mereka bertajuk Dance Of Blessings.
Tetamu terdiri daripada pemimpin akar umbi dan juga pemimpin masyarakat berbilang kaum dan agama.
Antara yang menarik dalam pesta itu ialah PAssionArts mempamerkan satu karya inovatif dipanggil ‘TingkART Food!’, yang menampilkan seni pemasangan replika ‘Pen Cai’, hidangan biasa yang disajikan semasa jamuan malam Tahun Baru Cina yang melambangkan kekayaan dan perpaduan.
Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg