Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20

PM Wong janji pertingkat mutu kehidupan rakyat

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PM Wong janji pertingkat mutu kehidupan rakyat

May 15, 2024 | 09:25 PM



Perdana Menteri keempat Singapura, Encik Lawrence Wong, berjanji akan bekerja keras dan turun padang untuk mendekati dan memperbaiki mutu kehidupan rakyat Singapura.

Semasa berucap dalam bahasa Melayu di majlis pelantikan dan angkat sumpah sebagai Perdana Menteri di Istana pada 15 Mei, Encik Wong juga berikrar untuk berkhidmat sebaik mungkin untuk rakyat Singapura di sebalik dunia sedang bergelora dan tidak menentu.

“Saya berasa rendah diri, dan berbesar hati kerana diamanahkan dengan tanggungjawab ini. Saya berikrar untuk berkhidmat sebaik mungkin bagi semua rakyat Singapura.

“Walaupun masa hadapan semakin mencabar, terdapat juga banyak peluang baru. Sebagai rakyat yang bersatu-padu, saya yakin kita boleh merebut peluang-peluang tersebut demi membina Singapura yang lebih baik,” kata Encik Wong.

Dalam ucapan bahasa Cinanya, Encik Wong turut memberi penghargaannya kepada mantan Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong, yang telah banyak menabur bakti dan menyumbang kepada pembangunan Singapura.

Beliau berkata Encik Lee merupakan mentornya apabila beliau menyertai politik pada 2011, dan telah banyak membimbingnya dengan baik dan sentiasa menyokongnya.

Encik Lee kini berkhidmat sebagai Menteri Kanan dalam Kabinet baru Encik Wong.

Semasa ucapannya juga, Encik Wong berkata di bawah kepimpinan Encik Lee, Singapura telah mengemudi banyak perubahan di luar dan dalam negeri, dan mengharungi pelbagai krisis.

“Malam ini, saya merakamkan penghargaan saya dan negara kita kepada Encik Lee Hsien Loong. Sepanjang hayat dalam perkhidmatan awam, menjangkau lebih setengah abad, beliau menumpukan dirinya untuk perkhidmatan negara dan rakyat kita.

“Encik Lee sering bercakap tentang keperluan untuk mengekalkan Singapura yang luar biasa. Beliau sendiri luar biasa dalam pengabdiannya, sikap tidak mementingkan diri, dan dedikasinya untuk berkhidmat. Kami berhutang budi kepadanya,” kata Encik Wong.

Encik Wong menzahirkan keazaman untuk membantu rakyat Singapura memenuhi impian mereka, dan memupuk masyarakat yang lebih adil dan sama rata

Beliau menambah, pemerintah akan terus membina ekonomi yang cergas dan mewujudkan pekerjaan yang baik untuk semua rakyat dengan kerjasama rakan kongsi tiga pihak.

“Kami akan mencari cara baru untuk menjadi lebih produktif dan inovatif, serta mencapai keseimbangan yang lebih baik dengan pekerjaan yang bermatlamat dan kehidupan bermakna.

“Kami akan menjaga warga emas kita, mereka yang terdedah di kalangan kita, dan mereka yang berkeperluan khas.

“Kami akan menyokong semua rakyat Singapura, tanpa mengira titik permulaan mereka dalam kehidupan, umur atau keupayaan – untuk meningkatkan diri mereka dan menjalani kehidupan yang memuaskan,” kata Encik Wong.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >