PM Wong: Keharmonian S’pura harus dihargai dalam dunia kian pecah belah

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

PM Wong: Keharmonian S’pura harus dihargai dalam dunia kian pecah belah

Perlu pastikan anasir termasuk dari luar tidak mudah pengaruhi rakyat
Feb 24, 2026 | 8:28 PM

PM Wong: Keharmonian S’pura harus dihargai dalam dunia kian pecah belah

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
buka puasa, Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong, Pusat Harmoni di Masjid An-Nahdhah, Mufti Dr Nazirudin Mohd Nasir, Dr Muhammad Faishal Ibrahim, anggota Jawatankuasa Falak, Encik Muhammad Faizal Othman.
Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong (barisan depan, tengah), mendapat taklimat berkenaan Pusat Harmoni di Masjid An-Nahdhah. Beliau ditemani (barisan depan, dua dari kiri) Mufti Dr Nazirudin Mohd Nasir; (barisan belakang, bermula tiga dari kiri) Ketua Eksekutif Muis, Encik Kadir Maideen; Pemangku Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim; dan anggota Jawatankuasa Falak, Encik Muhammad Faizal Othman. - Foto BH oleh NUR DIYANA TAHA

Dalam dunia yang tidak menentu dan semakin berpecah belah, keharmonian Singapura adalah sesuatu yang harus dihargai dan perlu sentiasa diperkukuh, kata Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong.

Ini sedang wujudnya anasir yang bertujuan memecahkan fabrik keharmonian Singapura, termasuk kejadian di luar negara yang “dapat mempengaruhi rakyat dengan mudah”, katanya.

Semasa menyampaikan ucapan ringkas di hadapan sekitar 300 hadirin berbilang agama di Masjid An-Nahdhah, beliau berkata:

“Dalam persekitaran sebegini, keharmonian kita adalah sesuatu yang harus dihargai dan saya berharap kita dapat teruskan komitmen untuk bekerjasama demi memperkukuhkan perpaduan kita.”

Beliau berkata demikian semasa menyertai acara berbuka puasa di masjid itu anjuran Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) pada 24 Februari.

Acara tersebut turut dihadiri Pemangku Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam merangkap Menteri Negara Kanan (Ehwal Dalam Negeri), Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim.

Turut hadir ialah Mufti, Dr Nazirudin Mohd Nasir; Presiden Muis, Encik Mohd Saat Abdul Rahman; dan Ketua Eksekutif Muis, Encik Kadir Maideen.

Awal dari itu, Encik Wong mengunjungi Pusat Harmoni yang terletak di pekarangan masjid itu selepas menghadiri sesi Perbahasan Belanjawan 2026 di Parlimen.

Menurut beliau, bulan puasa kali ini berlangsung seiring dengan beberapa upacara keagamaan lain seperti Tahun Baru Cina dan Lent – bulan suci bagi penganut Kristian.

Upacara berbilang agama yang berlangsung serentak itu sesuatu yang istimewa bagi Singapura kerana menurutnya, ia turut diperingati secara hormat oleh penganut agama masing-masing.

“Sesuatu yang agak istimewa di Singapura ialah bagi semua perayaan atau tradisi dan majlis keagamaan yang berbeza ini, kita masih boleh bersatu dan memperingati upacara sedemikian bersama-sama.

“Anda tidak selalu melihat perkara ini di negara lain, tetapi di Singapura, kita mampu berbuat demikian,” ujar beliau.

Sehubungan itu, Pengerusi Masjid An-Nahdhah, Ustaz Mohammad Fairuz Shah Sudiman, berkata nilai saling menghormati seperti ini merupakan sesuatu yang diajukan agama.

Beliau menambah, ia sejajar dengan teras Syukur, Sopan dan Santun (3G) yang dianjurkan dalam kempen SalamSG Ramadan kali ini.

Ustaz Fairuz, yang juga Pengerusi Bersama SalamSG, berkata: “Teras 3G ini bukan nilai yang baru dalam masyarakat kita… cuma pada tahun ini (2026), kami ingin memperkukuhkannya lagi dalam masyarakat.

“Masyarakat kita ramai-ramai akan ke masjid dan di situlah banyak interaksi antara masyarakat… jadi dengan mempertingkatkan 3G, kita dapat memperkukuh hubungan sesama kita.”

Salah seorang hadirin yang menyertai acara iftar itu, Encik Rahim Alias, berkata masjid bukanlah tempat beribadah semata-mata, tetapi tempat untuk menaburkan bakti kepada masyarakat.

Sukarelawan Masjid An-Nahdhah selama lebih 20 tahun itu berkata: “Kita dapat memakmurkan masjid dan dapat mengenali jemaah di dalam dan di luar masjid.

“(Saya dapat jalin) hubungan dengan ramai kawan-kawan. Jadi itu yang membuat saya gembira jika saya ada di masjid.”

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg