Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

PM Wong lawat penduduk Ang Mo Kio di karnival sukan

Oct 5, 2024 | 6:27 PM
Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong (tengah), beramah mesra dengan penduduk di Karnival Sukan dan Kesejahteraan anjuran GRC Ang Mo Kio serta Kawasan Undi Perseorangan (SMC) Kebun Baru dan Yio Chu Kang di Hougang Street 61. Turut serta ialah Anggota Parlimen GRC Ang Mo Kio, Encik Darryl David (dua dari kiri) dan Menteri Kanan, Encik Lee Hsien Loong (tiga dari kiri).
Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong (tengah), beramah mesra dengan penduduk di Karnival Sukan dan Kesejahteraan anjuran GRC Ang Mo Kio serta Kawasan Undi Perseorangan (SMC) Kebun Baru dan Yio Chu Kang di Hougang Street 61. Turut serta ialah Anggota Parlimen GRC Ang Mo Kio, Encik Darryl David (dua dari kiri) dan Menteri Kanan, Encik Lee Hsien Loong (tiga dari kiri). - Foto ST

Singapura sedang memasuki fasa baru dengan cabaran terbentang.

Bagaimanapun, Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong, rasa berbesar hati diberi peluang menawarkan khidmatnya buat semua penduduk dengan keyakinan terdapat banyak peluang untuk negara ini mencapai impian lebih tinggi.

Malahan, beliau menanti-nantikan ruang bekerjasama dengan semua penduduk untuk membawa Singapura ke depan demi mengharungi masa depan lebih cerah.   

Inilah yang dinyatakan Encik Wong pada 5 Oktober ketika menghadiri Karnival Sukan dan Kesejahteraan yang julung-julung kalinya dianjurkan pertubuhan akar umbi di GRC Ang Mo Kio serta Kawasan Undi Perseorangan (SMC) Kebun Baru dan Yio Chu Kang di Hougang Street 61.

Turut hadir pada acara tersebut ialah Anggota Parlimen (AP) GRC Ang Mo Kio yang terdiri daripada Menteri Kanan, Encik Lee Hsien Loong, Encik Darryl David, Cik Nadia Ahmad Samdin, Encik Gan Thiam Poh dan Cik Ng Ling Ling, serta AP SMC Kebun Baru, Encik Henry Kwek dan AP SMC Yio Chu Kang, Encik Yip Hon Weng.

Mereka menyertai 1,000 penduduk yang berhimpun di karnival yang bertujuan menggalak penuaan aktif dan gaya hidup sihat, lapor akhbar The Straits Times (ST).

Encik Wong yang berucap di khalayak ramai melahirkan kegembiraannya melihat penduduk GRC Ang Mo Kio, sebuah estet kejiranan matang dengan ramai warga emas, kekal aktif dan sihat.

Katanya, kunjungannya ke Ang Mo Kio adalah yang terkini dalam siri lawatan kawasan kejiranan sejak mengambil alih jawatan Perdana Menteri pada Mei 2024.

Sebelum ini, beliau telah mengunjungi kejiranan Tampines, Tanjong Pagar, Punggol dan West Coast.

“Singapura ialah tempat yang kecil tetapi ke mana-mana anda pergi, pastinya ada sesuatu yang istimewa,” jelasnya mengenai daya tarikan yang ketara di setiap kawasan. 

“Ini bukan soal bangunan ataupun perkakasan... tetapi tentang penduduknya – rasa bangga, daya memiliki yang dirasakan pada estet kejiranan dan rumah anda, dan anda dapat merasakan semangat yang sama di Ang Mo Kio,” ujar Encik Wong yang turut berjalan-jalan selama sejam sambil merakam foto dan bersalaman dengan penduduk di Hougang Village.

Karnival di Hougang Street 61 itu menampilkan pelbagai kegiatan seperti senaman regangan dan aerobik sambil duduk di kerusi yang dicipta khusus buat warga emas.

Kumpulan sukan bola pikel yang baru dibentuk Rangkaian Sukan Masyarakat Ang Mo Kio-Hougang sejak Mei 2024 dengan 40 anggota turut diketengahkan dalam karnival berkenaan.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg