PM Wong: Pemerintah akan beri lebih banyak sokongan buat pekerja S’pura

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

PM Wong: Pemerintah akan beri lebih banyak sokongan buat pekerja S’pura

Bantuan bakal diumum sewaktu Belanjawan 2026 bagi rakyat tangani peralihan pekerjaan, perolehi kemahiran relevan
Feb 11, 2026 | 3:48 PM

PM Wong: Pemerintah akan beri lebih banyak sokongan buat pekerja S’pura

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong, berkongsi bahawa pemerintah akan melakukan lebih banyak lagi untuk menyokong pekerja rakyat Singapura di tengah-tengah perubahan teknologi yang pesat, persekitaran luaran yang tidak menentu.
Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong, berkongsi bahawa pemerintah akan melakukan lebih banyak lagi untuk menyokong pekerja rakyat Singapura di tengah-tengah perubahan teknologi yang pesat, persekitaran luaran yang tidak menentu. - Foto SALURAN TELEGRAM LAWRENCE WONG

Pemerintah akan memberikan lebih banyak sokongan kepada pekerja rakyat Singapura, termasuk individu pertengahan kerjaya, di tengah-tengah keprihatinan tentang pekerjaan, terutamanya dengan perubahan teknologi yang pesat dan persekitaran luaran yang tidak menentu, kata Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong.

Ini termasuk membantu rakyat Singapura menangani peralihan pekerjaan, melengkapi mereka dengan kemahiran relevan, dan memastikan mereka boleh mendapatkan pekerjaan yang baik.

Encik Wong berkata demikian dalam satu video yang dimuat naik ke YouTube pada 11 Februari, sehari sebelum beliau membentangkan Belanjawan 2026 pada 12 Februari.

Beliau menambah bahawa butiran lanjut mengenai rancangan tersebut akan dikongsi semasa Belanjawan nanti.

“Ekonomi kita mencatatkan prestasi yang baik tahun lalu dan keadaan pasaran pekerja kekal kukuh.

“Namun, saya tahu ramai rakyat Singapura prihatin tentang pekerjaan, terutamanya dengan perubahan teknologi yang pesat dan persekitaran luaran yang tidak menentu.

“Pemerintah akan melakukan lebih banyak lagi untuk menyokong rakyat Singapura dalam mengharungi perubahan ini, dan ini termasuk membantu anda menangani peralihan pekerjaan, melengkapi anda dengan kemahiran relevan untuk kekal berdaya saing, dan memastikan semua rakyat Singapura boleh mendapatkan pekerjaan baik dengan pendapatan yang meningkat,” kata beliau dalam video tersebut.

Kementerian Perdagangan dan Perusahaan (MTI) pada 10 Februari telah mengumumkan ekonomi Singapura tumbuh 5 peratus bagi keseluruhan 2025, mengatasi anggaran awal 4.8 peratus.

Ramalan pertumbuhan ekonomi bagi 2026 pula telah disemak semula kepada antara 2 peratus dengan 4 peratus – lebih tinggi berbanding ramalan awal 1 hingga 3 peratus – didorong prestasi ekonomi suku keempat 2025 yang melebihi jangkaan.

Sementara itu, Lembaga Kemajuan Ekonomi (EDB) pada 9 Februari berkata komitmen pelaburan yang dibuat pada 2025 dijangka mewujudkan sekitar 15,700 pekerjaan dalam tempoh lima tahun akan datang.

Encik Wong sebelum ini telah menyentuh tentang keperluan menangani keprihatinan pekerja di tengah-tengah perubahan yang dibawa oleh kecerdasan buatan (AI), sambil menyifatkannya sebagai cabaran utama bagi pemerintah di seluruh dunia.

Bahkan, dalam membentangkan saranan jawatankuasa Semakan Strategi Ekonomi (ESR) baru-baru ini, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Perdagangan dan Perusahaan, Encik Gan Kim Yong, menekankan bahawa AI bakal mengubah ekonomi secara asasnya, di mana cara perniagaan dijalankan serta sifat pekerjaan akan berubah dengan masa.

Encik Gan turut berkata Singapura tidak lagi boleh menganggap bahawa pertumbuhan ekonomi secara automatik akan menghasilkan pekerjaan.

Justeru, saranan oleh jawatankuasa ESR itu bertujuan menetapkan strategi bagi hala tuju jangka panjang ekonomi negara dan mewujudkan peluang pekerjaan yang baik untuk rakyat.

Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC) sebelum ini turut menyatakan bahawa jumlah perniagaan yang mendekati mereka untuk mendapatkan sokongan telah meningkat disebabkan keprihatinan mengenai gangguan AI.

Dalam video itu, Encik Wong telah bercakap dengan dua pekerja – Encik Aslan Abdullah, seorang jurutera eksekutif, dan Cik Rene Khoo, seorang ahli terapi pendidikan – yang berkongsi tentang kisah perjalanan kerjaya mereka, keprihatinan tentang pekerjaan dan juga latihan.

Encik Wong berkata disebabkan perubahan pesat dalam teknologi dan di tempat kerja, pekerja akan mempunyai lebih banyak peralihan kerjaya, dengan mereka mungkin beralih ke bidang pengkhususan yang lain atau industri yang berbeza.

“Pekerjaannya akan berubah, dan kami perlu membantu rakyat Singapura terus mempertingkatkan diri untuk kekal relevan,” kata beliau.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg