Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

PM Wong, pemimpin dunia ucap tahniah kepada Modi atas kemenangan ‘bersejarah’

Jun 5, 2024 | 3:40 PM
Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong, (dua dari kiri) pada 5 Jun mengucapkan tahniah kepada Encik Narendra Modi (dua dari kanan) atas “kemenangan bersejarah” dalam pilihan raya India. Mereka bertemu semasa lawatan rasmi Encik Wong ke India pada 2022.
Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong, (dua dari kiri) pada 5 Jun mengucapkan tahniah kepada Encik Narendra Modi (dua dari kanan) atas “kemenangan bersejarah” dalam pilihan raya India. Mereka bertemu semasa lawatan rasmi Encik Wong ke India pada 2022. - Foto MCI

Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong, dan pemimpin dunia lain mengucapkan tahniah kepada Perdana Menteri Narendra Modi dan pakatan pemerintahnya atas kemenangan mereka dalam pilihan raya India.

Dalam catatan di platform media sosial X pada 5 Jun, Encik Wong menyifatkan kemenangan Encik Modi – yang meraih kemenangan bagi penggal ketiga berturut-turut sebagai pemimpin negara paling ramai penduduk di dunia – sebagai “bersejarah”.

Encik Wong berkata beliau tidak sabar untuk bekerjasama dengan Encik Modi “untuk memperdalam perkongsian Singapura-India dan untuk meraikan ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik” antara Singapura dengan India pada 2025.

Suruhanjaya Pilihan Raya India pada 5 Jun memberikan pengesahan terakhir bahawa parti-parti yang membentuk Perikatan Demokratik Kebangsaan (NDA) pimpinan Encik Modi telah secara kolektif melepasi jumlah majoriti di Parlimen.

Encik Modi, 73 tahun, merupakan perdana menteri kedua yang memenangi tiga penggal selepas perdana menteri pertama India, Encik Jawaharlal Nehru.

Jepun juga mengucapkan tahniah kepada Encik Modi, menggelar India sebagai “rakan kongsi penting untuk merealisasikan Indo-Pasifik yang bebas dan terbuka”.

“Kami akan terus mengukuhkan hubungan Jepun-India,” kata jurucakap tertinggi kerajaan, Encik Yoshimasa Hayashi, kepada pemberita.

Jepun dan India adalah sebahagian daripada kumpulan Quad atau empat negara yang juga termasuk Amerika Syarikat dan Australia.

Perdana Menteri Italy, Encik Giorgia Meloni, dalam catatan di X menyatakan, kejayaan Encik Modi itu membolehkan pemimpin itu untuk sekali lagi memimpin India untuk lima tahun akan datang.

Tambah Encik Meloni, beliau akan “terus bekerja (dengan Encik Modi) untuk mengukuhkan persahabatan yang menyatukan Italy dan India serta mengukuhkan kerjasama dalam pelbagai isu demi kesejahteraan negara dan rakyat kita”.

Presiden Sri Lanka, Encik Ranil Wickremesinghe, berkata beliau tidak sabar untuk mengukuhkan hubungan negaranya dengan India.

Menurutnya, kemenangan Encik Modi mencerminkan “keyakinan rakyat India terhadap kemajuan dan kemakmuran di bawah kepimpinan PM Modi“.

Encik Modi turut menerima ucapan tahniah daripada pemimpin Nepal, Bhutan, Mauritius dan Maldives.

Agensi berita melaporkan, keputusan kiraan undi pilihan raya India itu menunjukkan Perikatan Demokratik Kebangsaan pimpinan Encik Modi memenangi 286 kerusi, lebih daripada 272 kerusi yang diperlukan untuk memperoleh majoriti.

Bagaimanapun, pembangkang mendakwa pengundi negara itu menghantar mesej jelas selepas parti nasionalis Hindu yang dipimpin Encik Modi hilang undi majoriti dua pertiga kerusi Parlimen, untuk kali pertama dalam tempoh sedekad.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg