Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

PM Wong: Perlu lebih masa hurai isu dua hala tertunggak

Jan 7, 2025 | 1:16 PM
Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong (kiri) mengadakan mesyuarat bersama Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim (kanan) serta delegasi menteri dari Singapura dan Malaysia pada 7 Januari di Putrajaya, Malaysia.
Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong (kiri) mengadakan mesyuarat bersama Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim (kanan) serta delegasi menteri dari Singapura dan Malaysia pada 7 Januari di Putrajaya, Malaysia. - Foto ST

Lebih banyak masa diperlukan untuk menghuraikan isu-isu dua hala tertunggak seperti ruang udara, air dan penentuan sempadan laut, tetapi Singapura akan terus mengadakan berbincang dengan Malaysia secara saling mempercayai dan sebagai jiran baik, kata Perdana Menteri Lawrence Wong.

Beliau menambah bahawa isu-isu tersebut penting bagi kededua negara dan ia akan terus dibincangkan secara menyeluruh dan membina dalam konteks hubungan dua hala lebih luas.

“Isu-isu itu rumit. Kami telah mengorak sedikit kemajuan, tetapi masih memerlukan lebih banyak masa untuk menghuraikan isu-isu tersebut,” kata Encik Wong.

“Dan saya yakin dengan kerjasama, kita boleh mencapai kesudahan berdaya tahan bagi kesemua isu itu dengan cara yang mengimbangi manfaat untuk kededua pihak.”

Encik Wong berkata demikian semasa bercakap pada satu sidang media bersama Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim, di Kuala Lumpur pada 7 Januari.

Beliau berada di Malaysia bagi menghadiri Rahat Pemimpin Malaysia-Singapura ke-11.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg