Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

PM Wong: Rang pastikan layanan adil, fleksibiliti untuk pekerja platform

Sep 10, 2024 | 9:20 PM
Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong
Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong - Foto ST

Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong, berkata kesatuan, majikan dan pemerintah telah melakarkan huraian yang memberi manfaat kepada kedua-dua syarikat dan pekerja platform, yang pastikan layanan adil sementara kekalkan fleksibiliti yang ditawarkan kerja gig.

Menulis di Facebook, Encik Wong berkata Rang Undang-Undang Pekerja Platform yang diluluskan di Parlimen merupakan satu rang penting yang secara ketara mempertingkat perlindungan bagi pekerja platform.

Sedang negara lain di dunia menghadapi cabaran berhubung layanan pekerja gig, perbahasan sering kali timbul tentang sama ada golongan pekerja itu harus diklasifikasikan sebagai pekerja bebas yang menikmati fleksibiliti atau pekerja biasa dengan akses kepada hak pekerjaan penuh.

“Rangka kerja baru ini akan menyediakan pekerja platform dengan perlindungan penting, seperti simpanan untuk perumahan dan persaraan melalui sistem CPF, serta pampasan bagi kecederaan berkaitan kerja.

“Selain itu, mereka akan mempunyai hak untuk perwakilan, memperkasakan mereka untuk berunding secara kolektif dengan syarikat platform dan mengukuhkan kuasa tawar-menawar mereka,” kata beliau.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg