Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

PM Wong sambut Gabenor Michigan; kerjasama ekonomi Singapura-AS diperkukuh

Sep 1, 2025 | 8:58 PM
Lawrence Wong, Gretchen Whitmer
Gabenor Michigan, Cik Gretchen Whitmer (dua dari kiri), bertemu Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong (dua dari kanan), pada 1 September sebagai sebahagian daripada lawatan empat harinya ke Singapura. - Foto MDDI

Gabenor Michigan, Cik Gretchen Whitmer, bertemu Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong, pada 1 September dan kedua-dua pemimpin mengesahkan perkongsian yang telah lama terjalin dan saling menguntungkan antara Singapura dengan Amerika Syarikat.

Dalam hantaran Facebook pada 1 September, Encik Wong berkata beliau gembira menerima kedatangan Cik Whitmer, yang sedang melakukan lawatan empat hari ke Singapura sejak 30 Ogos, diiringi wakil daripada pemerintah Michigan dan sektor pembangunan ekonomi, keusahawanan dan inovasi.

“Sebagai alumni Universiti Michigan, saya amat gembira kerana Gabenor Whitmer dan pasukannya berada di sini untuk meneroka peluang dalam teknologi, pengilangan termaju dan daya tahan rantaian bekalan.

“Amerika merupakan pelabur asing terbesar kami, rakan dagangan utama dalam perkhidmatan, dan ketiga terbesar dalam barangan.

“Kerjasama kami di peringkat persekutuan dan negeri mengukuhkan kedudukan Singapura sebagai hab sejagat yang dipercayai, dan membantu kami kekal berdaya saing,” kata Encik Wong.

Kementerian Ehwal Luar (MFA), dalam satu kenyataan pada 1 September, berkata Encik Wong mengalu-alukan minat Michigan untuk mengukuhkan kerjasama ekonomi dengan Singapura.

Semasa pertemuan itu, Encik Wong dan Cik Whitmer turut membincangkan dasar perdagangan Amerika, hubungan antara rakyat, serta cara Singapura dan Michigan dapat memperdalam kerjasama dalam bidang kepentingan bersama.

Secara berasingan, Cik Whitmer turut bertemu Menteri Ehwal Luar, Dr Vivian Balakrishnan, pada hari yang sama, di mana kedua-dua pemimpin membincangkan bagaimana kerjasama antara Singapura dengan Michigan dapat mengukuhkan hubungan lebih luas antara Singapura dengan Amerika.

Cik Whitmer turut bertemu pegawai daripada Lembaga Kemajuan Ekonomi (EDB), dan mengambil bahagian dalam perbincangan meja bundar dengan Enterprise Singapore dan syarikat Singapura yang beroperasi di Michigan.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg