Amanat Hari Kebangsaan Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong, akan disiarkan pada 8 Ogos, iaitu malam Hari Kebangsaan.

Ini adalah amanat Hari Kebangsaan ketiga yang bakal disampaikan Encik Wong sebagai perdana menteri, selepas beliau mengangkat sumpah bagi menggalas tugas itu pada 15 Mei 2024.

Dalam satu kenyataan pada 3 Ogos, Pejabat Perdana Menteri (PMO) memaklumkan bahawa Encik Wong, yang juga Menteri Kewangan, bakal menyampaikan amanat tersebut dalam bahasa Inggeris.

Ia akan disiarkan pada 6.45 petang di saluran berita televisyen CNA dan stesen radio CNA938.

Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Perdagangan dan Perusahaan, Encik Gan Kim Yong, akan menyampaikan amanat tersebut dalam bahasa Mandarin.

Ia akan disiarkan pada 7 malam di saluran televisyen Channel 8 dan stesen radio Capital 95.8FM.

Pemangku Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam merangkap Menteri Negara Kanan (Pertahanan), Encik Zaqy Mohamad, pula akan menyampaikan amanat tersebut dalam bahasa Melayu.

Ia akan disiarkan pada 8.30 malam di saluran televisyen Suria.

Manakala, Menteri Negara (Tenaga Manusia merangkap Kebudayaan, Masyarakat dan Belia), Encik Dinesh Vasu Dash, akan menyampaikan amanat tersebut dalam bahasa Tamil.

Ia akan disiarkan pada 9 malam di saluran televisyen Vasantham dan stesen radio Oli 96.8FM.

Amanat Hari Kebangsaan dalam semua empat bahasa itu akan diterbitkan di laman web PMO dan di saluran YouTube PMO selepas siaran pertama.