Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

PM Wong: Seni tempatan penting bagi pupuk budaya, identiti S’pura

Aug 25, 2025 | 5:13 PM
lawrence wong, pm, sg culture pass
Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong, menyeru warga Singapura agar menggunakan Pas Budaya SG bernilai $100, yang diumumkan pada 25 Ogos, untuk mencuba pengalaman seni, budaya dan warisan tempatan, serta menyokong para penggiatnya. - Foto PMO

Arena seni tempatan merupakan bahagian penting dalam memupuk budaya dan identiti Singapura yang kukuh, yang telah dibangunkan dalam masa singkat, kata Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong, pada 25 Ogos.

“Dalam tempoh yang agak singkat, dan di tengah-tengah kepelbagaian budaya Singapura, negara ini telah membentuk budaya dan identiti yang tersendiri.

“Kita semua mesti memainkan peranan dalam mengembangkan dan memupuk budaya Singapura ini bersama-sama,” katanya dalam satu kiriman video di Facebook.

Encik Wong menyeru agar warga Singapura memanfaatkan Pas Budaya SG yang diumumkan baru-baru ini bagi mencuba pengalaman baru serta menyokong penggiat seni tempatan.

Di bawah skim itu, setiap warga Singapura berusia 18 tahun dan ke atas diberi kredit bernilai $100 untuk menghadiri lebih 400 program seni, budaya dan warisan.

Program-program itu merangkumi persembahan pentas, bengkel, pameran serta lawatan berpandu yang berlangsung hingga 2028.

Menurut Kementerian Kebudayaan, Masyarakat dan Belia (MCCY), sebahagian besar acara berharga $50 dan ke bawah, sekali gus memberi peluang kepada orang ramai menikmati lebih daripada satu program dengan kredit yang diberi.

Pas Budaya SG boleh diakses menerusi laman rasmi www.sgculturepass.gov.sg menggunakan akaun Singpass.

Portal itu turut membolehkan rakyat menyemak baki kredit dan membeli tiket melalui penyedia tiket yang diiktiraf.

“Saya berharap semua dapat memanfaatkan pas ini dengan sebaiknya. Cubalah sesuatu yang baru. Sokonglah artis dan penggiat budaya kita.

“Paling penting, marilah kita raikan kekayaan budaya bersama yang menjadikan kita unik sebagai rakyat Singapura,” kata Encik Wong.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg