CEBU (Filipina): Asean perlu bersedia bagi norma baru gangguan dan kejutan ekonomi, dengan meneruskan kerjasama serantau yang lebih luas dan lebih mendalam, kata Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong, dalam Sidang Kemuncak Asean pada 8 Mei.

Beliau menyeru negara Asean supaya lebih bersepadu, memperkukuh keselamatan tenaga di rantau ini, dan memantapkan rantaian bekalan antara Asean, terutama untuk barangan kritikal seperti makanan.