Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

PM Wong, SM Lee utus simpati kepada mangsa kebakaran hutan LA

Pemimpin S’pura terima panggilan Naib Presiden Amerika, Kamala Harris, susuli pembatalan lawatan kerja ke S’pura
Jan 15, 2025 | 1:03 AM
Kebakaran hutan telah menyebabkan kematian sekurang-kurangnya 24 orang di Los Angeles, memusnahkan bandar kedua terbesar di Amerika dan menyebabkan ribuan orang kehilangan rumah.
Kebakaran hutan telah menyebabkan kematian sekurang-kurangnya 24 orang di Los Angeles, memusnahkan bandar kedua terbesar di Amerika dan menyebabkan ribuan orang kehilangan rumah. - Foto REUTERS

Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong dan Menteri Kanan, Encik Lee Hsien Loong, telah menerima panggilan telefon berasingan daripada Naib Presiden Amerika Syarikat, Cik Kamala Harris, pada 14 Januari.

Dalam satu kenyataan pada 14 Januari, Kementerian Ehwal Luar (MFA), berkata Cik Harris telah berkongsi maklumat terkini tentang kebakaran hutan yang berterusan di Los Angeles kepada Encik Wong dan Encik Lee.

Ekoran kejadian itu, ia telah menyebabkan pembatalan lawatan kerja Cik Harris ke Singapura yang sepatutnya dijadual pada 15 Januari.

Kebakaran hutan telah menyebabkan kematian sekurang-kurangnya 24 orang di Los Angeles, memusnahkan bandar kedua terbesar di Amerika dan menyebabkan ribuan orang kehilangan rumah.

Cik Harris, sepatutnya bertemu dengan pemimpin Singapura dan melawat Pangkalan Tentera Laut Changi semasa berada di negara ini, jelas Rumah Putih.

Encik Wong dan Encik Lee telah melahirkan rasa simpati mereka kepada individu dan anggota masyarakat yang terjejas akibat kebakaran hutan di samping melahirkan harapan agar keadaan dapat dikawal secepat mungkin, jelas MFA lagi.

Kededuanya turut berterima kasih kepada Cik Harris atas usaha pentadbiran Presiden Amerika Syarikat, Encik Joe Biden, dalam mengukuhkan hubungan antara Singapura dengan Amerika.

MFA menambah: “Mereka (Encik Wong dan Encik Lee) menyatakan bahawa kededua pihak telah bekerja rapat untuk memperdalam kerjasama dalam bidang tradisional seperti ekonomi dan pertahanan, serta meluaskan hubungan dengan menginstitusikan kerjasama dalam bidang baru seperti perubahan iklim, teknologi genting dan baru muncul, serta tenaga nuklear.”

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg