Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

PM Wong: Syed Isa Semait pejuang keharmonian sosial di S’pura

Kiriman takziah PM Wong kepada keluarga mantan Mufti Syed Isa Semait
Jul 7, 2025 | 11:53 PM
Antara pemimpin masyarakat yang hadir untuk memberi penghormatan terakhir sebelum solat jenazah mantan Mufti Allahyarham Ustaz Syed Isa Semait di Masjid Sultan pada 7 Julai adalah Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong (tengah); Pemangku Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim (kanan); dan menantu Allahyarham, Ustaz Syed Mustafa Alsagoff (kiri).
Antara pemimpin masyarakat yang hadir untuk memberi penghormatan terakhir sebelum solat jenazah mantan Mufti Allahyarham Ustaz Syed Isa Semait di Masjid Sultan pada 7 Julai adalah Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong (tengah); Pemangku Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim (kanan); dan menantu Allahyarham, Ustaz Syed Mustafa Alsagoff (kiri). - Foto BH oleh SHAFIQ APANDI

Perdana Menteri Lawrence Wong telah menerbitkan ucapan takziah beliau kepada keluarga mantan Mufti Allahyarham Ustaz Syed Isa Semait.

Berikut sedutan hantaran di Facebook beliau.

“Saya berdukacita menerima berita pemergian mantan Mufti Syed Isa Semait.

Sebagai Mufti yang paling lama berkhidmat di Singapura dari 1972 hingga 2010, Syed Isa telah mendedikasikan seluruh hidupnya untuk membimbing dan memajukan masyarakat Islam.

Beliau menyediakan asas untuk banyak institusi yang terus dimanfaatkan masyarakat hingga ke hari ini.

Antaranya termasuk penubuhan Dana Pembangunan Masjid dan pembangunan sistem kutipan dan pengagihan zakat.

Sebagai seorang yang percaya kepada pentingnya pendidikan, Syed Isa memahami keperluan guru agama untuk menyampaikan ajaran mereka dalam konteks masyarakat kosmopolitan dan berbilang agama.

Beliau memperjuangkan pembangunan asatizah, penambahbaikan madrasah dan mengukuhkan pendidikan Islam di Singapura.

Sebagai pengerusi Jawatankuasa Fatwa, kepimpinan beliau amat penting dalam membimbing masyarakat Islam mengharungi isu-isu rumit yang berubah.

Beliau bekerjasama rapat dengan masyarakat dan pemerintah untuk mencapai huraian unik untuk menjadikan Muslim warga Singapura sebagai bakal penderma di bawah Akta Pemindahan Organ Manusia (Hota).

Syed Isa ialah seorang pejuang keharmonian sosial di Singapura yang tidak kenal erti penat.

Beliau seorang anggota sepanjang hayat dan mantan Presiden Pertubuhan Antara Agama (IRO), dan berkhidmat dalam kededua Majlis Presiden bagi Keharmonian Agama dan Majlis Presiden bagi Hak Minoriti.

Beliau, secara aktif menggalakkan penglibatan silang agama dan berusaha membangunkan perpaduan dan kepercayaan antara warga Singapura berbilang kaum dan agama.

Melebihi itu semua, Shaikh Syed Isa akan diingati kerana budi baiknya, kebijaksanaannya dan dedikasi yang tidak luntur terhadap masyarakat.

Beliau bukan sahaja tonggak bagi masyarakat Muslim Singapura, malah bagi negara.

Warisan yang ditinggalkannya akan berkekalan dalam hidup berbilang generasi guru agama, ulama dan warga Singapura yang pernah dibimbingnya dan di mana kehidupan mereka disentuhnya.

Saya ucapkan takziah yang teramat kepada keluarga beliau dan orang yang dikasihinya dalam masa yang sukar ini.

Salam takziah kepada keluarga beliau dan semua yang pernah berkhidmat bersamanya.”

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg