PM Wong temu lebih 180 pekerja di Depoh SMRT Bishan jelang Tahun Baru Cina

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

PM Wong temu lebih 180 pekerja di Depoh SMRT Bishan jelang Tahun Baru Cina

Lahir penghargaan kepada pekerja yang tetap bertugas agar sistem pengangkutan awam terus bergerak lancar
Feb 16, 2026 | 3:56 PM

PM Wong temu lebih 180 pekerja di Depoh SMRT Bishan jelang Tahun Baru Cina

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
PM Wong, Depoh SMRT Bishan, Tahun Baru Cina
Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Encik Lawrence Wong, mengunjungi Depoh SMRT Bishan, pada pagi 16 Februari untuk menghargai usaha lebih 180 pekerja yang bertugas secara berterusan sepanjang musim perayaan Tahun Baru Cina. - Foto MDDI

Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Encik Lawrence Wong, menemui dan beramah mesra dengan lebih 180 pekerja pengangkutan awam di Depoh SMRT Bishan pada pagi 16 Februari.

Beliau ditemani antaranya oleh Pemangku Menteri Pengangkutan, Encik Jeffrey Siow; Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC), Cik K Thanaletchimi; dan Setiausaha Agung NTUC, Encik Ng Chee Meng; menyampaikan beg cenderahati kepada kapten kereta api, juruteknik penyelenggaraan dan jurutera.

Setiap beg mengandungi dua biji oren, termos daripada Encik Wong dan paket merah mengandungi $10 daripada NTUC.

Semasa lawatannya ke depoh itu, Encik Wong turut berinteraksi dengan pekerja yang hadir untuk memahami peranan mereka sambil meluahkan rasa terima kasih atas kerja keras mereka.

Beliau menamatkan lawatannya dengan menyertai acara ‘lo hei’ bersama sekitar 70 pekerja.

Lawatan tersebut dianjurkan oleh Pengerusi SMRT, Encik Seah Moon Ming, dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan SMRT, Encik Ngien Hoon Ping.

Turut hadir ialah pemimpin daripada Kesatuan Sekerja Pengangkutan Kebangsaan (NTWU), termasuk Presiden, Encik Sazali Safiie; Setiausaha Agung, Encik Mak Mun Whai; serta Penolong Setiausaha Agung NTUC dan Setiausaha Eksekutif NTWU, Cik Yeo Wan Ling.

Dalam satu kenyataan oleh NTUC pada 16 Februari, Encik Ng berkata beliau melahirkan rasa penghargaan terhadap pekerja pengangkutan awam yang tetap bertugas bagi memastikan sistem pengangkutan awam bergerak lancar, sekali gus membolehkan orang ramai berkumpul bersama anggota keluarga masing-masing.

Antara 180 pekerja yang ditemui Encik Wong ialah Ketua Kapten Bas, Encik Sng Eng Tiong.

Selama 14 tahun, beliau bekerja pada malam Tahun Baru Cina (CNY), dan juga pada hari pertama dan kedua CNY.

Bertanggungjawab ke atas pengangkutan pekerja, Encik Sng bekerja pada syif malam untuk menghantar pemandu bas pulang selepas syif mereka tamat dan menjemput mereka setiap pagi untuk dibawa ke tempat kerja.

Encik Sng, 48 tahun, melakukan tugas tersebut bagi memberi peluang kepada rakan sekerja asing untuk mengambil cuti dan menghabiskan masa bersama keluarga mereka, memandangkan mereka jarang dapat pulang ke negara asal.

“Sebagai rakyat Singapura, keluarga saya ada di sini bersama saya, jadi kami boleh menyambut pada bila-bila masa, sama ada sehari lebih awal atau mungkin sehari selepas itu,” katanya.

Encik Sng menambah, beliau telah mengadakan makan malam bersama keluarganya pada 15 Februari.

Sementara itu, kapten kereta api, Cik Siti Amirah, pula tampil bekerja sepanjang tempoh perayaan Tahun Baru Cina supaya rakan kerja berbangsa Cina boleh mengambil cuti.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg