Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

PM Wong temu Menteri Pertahanan Indonesia, M’sia di Istana

Jun 1, 2024 | 7:43 PM
Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong (kanan), bertemu bakal Presiden Indonesia yang juga Menteri Pertahanan, Encik Prabowo Subianto, di Istana pada 1 Jun.
Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong (kanan), bertemu bakal Presiden Indonesia yang juga Menteri Pertahanan, Encik Prabowo Subianto, di Istana pada 1 Jun. - Foto MCI

Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong, telah menerima kunjungan bakal Presiden Indonesia yang juga Menteri Pertahanan, Encik Prabowo Subianto, di Istana pada 1 Jun.

Encik Prabowo berada di Singapura bagi menghadiri Dialog Shangri-La (SLD) ke-21, di mana beliau telah menyampaikan ucapan khas. 

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan Kementerian Ehwal Luar (MFA), Encik Wong dan Encik Prabowo telah mengesahkan hubungan dua hala yang telah lama terjalin dan mesra antara Singapura dengan Indonesia semasa pertemuan tersebut.

Mereka menarik perhatian terhadap kemajuan cemerlang dalam kerjasama dua hala dalam bidang seperti tenaga boleh diperbaharui dan kemampanan, selain bertukar-tukar pandangan mengenai isu serantau dan antarabangsa, menurut MFA.

Kedua-dua Encik Wong dan Encik Prabowo juga menegaskan bahawa dalam dunia yang lebih rumit dan saling berkait, adalah penting bagi negara-negara Asean terus bekerjasama untuk mengukuhkan kerjasama dalam banyak bidang kepentingan bersama.

“Singapura dan Indonesia berkongsi persahabatan yang mendalam, dengan pelbagai minat dan bidang kerjasama yang sama.

“Encik Prabowo telah memberi sumbangan besar sejak beberapa dekad lalu untuk merapatkan hubungan antara Singapura dan Indonesia.

“Saya tidak sabar untuk menghadiri majlis perasmian beliau sebagai Presiden pada akhir tahun ini, dan bekerjasama dengan beliau untuk membawa hubungan kita ke tahap yang lebih tinggi,” kata Encik Wong, yang juga Menteri Kewangan, dalam satu hantaran di Facebook pada 1 Jun.

Sebagai sebahagian lawatan tiga harinya ke Singapura, dari 31 Mei hingga 2 Jun, Encik Prabowo juga telah bertemu Menteri Pertahanan, Dr Ng Eng Hen; dan Menteri Ehwal Luar, Dr Vivian Balakrishan.

Berucap pada hari kedua SLD ke-21, forum keselamatan serantau tahunan yang diadakan di Singapura, Encik Prabowo mengumumkan bahawa Indonesia bersedia bagi mengerahkan tentera pengaman dan kakitangan perubatan untuk menyokong perjanjian gencatan senjata di Gaza, sekiranya ia berlaku.

Sehubungan itu, beliau turut menegaskan sekali lagi bahawa Indonesia perlu “dekat” dan “mesra” dengan negara jiran terdekat melalui penglibatan, sikap saling menghormati dan rundingan untuk menyelesaikan sebarang masalah. 

“Kami sebelum ini mempunyai konflik ketenteraan dengan jiran kami... Malaysia dan Singapura. Tetapi sekarang kami adalah kawan baik.

“Kami telah menyelesaikan perselisihan kami tanpa campur tangan daripada mana-mana kuasa luar,” katanya lagi.

Dalam pertemuan lain, Encik Wong juga menerima kunjungan Menteri Pertahanan Malaysia, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, di Istana di mana mereka telah mengesahkan semula hubungan dua hala yang telah lama terjalin dan mesra, serta hubungan rakyat dengan rakyat yang kukuh antara Singapura dan Malaysia.

Menteri Pertahanan Malaysia, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, bertemu Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong (kanan), di Istana pada 1 Jun, di luar acara Dialog Shangri-La ke-21.
Menteri Pertahanan Malaysia, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, bertemu Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong (kanan), di Istana pada 1 Jun, di luar acara Dialog Shangri-La ke-21. - Foto MINDEF

Datuk Seri Mohamed Khaled berada di Singapura untuk menghadiri SLD ke-21 dan Mesyuarat Menteri-Menteri Pertahanan Aturan Pertahanan Lima Negara (FPDA) yang ke-12.

Semasa pertemuan itu, Encik Wong dan Datuk Seri Mohamed Khaled turut membincangkan cabaran keselamatan sejagat dan serantau serta kepentingan mengukuhkan kerjasama pertahanan sedia ada.

Ini termasuk melalui platform pelbagai hala seperti Mesyuarat Menteri-Menteri Pertahanan Asean (ADMM), ADMM-Plus dan FPDA.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg