Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong, mengadakan pertemuan dua hala bersama Perdana Menteri Britain, Encik Keir Starmer, di Samoa pada 26 Oktober.
Pertemuan itu diadakan di luar Mesyuarat Ketua-Ketua Pemerintah Komanwel (Chogm) yang sedang berlangsung di Apia, ibu kota negara Polynesia itu.
Dalam satu catatan di media sosial, Encik Wong berkata Singapura dan Britain mempunyai hubungan erat yang sudah lama terjalin, serta kerjasama strategik meliputi bidang seperti pertahanan, kemampanan, penyelidikan dan teknologi.
Beliau melahirkan harapan dua negara ini akan terus berganding bahu untuk memajukan hubungan dua hala, serta memperkukuh kerjasama menerusi Komanwel.


Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg