Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

PM Wong temui Putera Mahkota Brunei

Sep 14, 2024 | 1:10 AM
Encik Lawrence Wong (kanan) dan Putera Al-Muhtadee Billah tmelawat pameran Impressions of Monet di Flower Dome.
Encik Lawrence Wong (kanan) dan Putera Al-Muhtadee Billah tmelawat pameran Impressions of Monet di Flower Dome. - Foto MDDI

Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong dan isterinya, Cik Wong, mengadakan majlis makan malam buat Putera Mahkota Brunei Haji Al-Muhtadee Billah dan isterinya, Puteri Pengiran Anak Sarah, dalam rangka kunjungan mereka ke Singapura, pada 13 September di Gardens by the Bay.

“Putera Al-Muhtadee Billah dan saya menegaskan lagi komitmen kami terhadap hubungan istimewa antara negara kami, membincangkan bidang kerjasama sedia ada dan baru, serta mengemukakan setem peringatan untuk ulang tahun ke-40 hubungan diplomatik Singapura dan Brunei,” kata Encik Wong, yang juga Menteri Kewangan dalam satu hantaran Instagram.

“Saya yakin jalinan kerjasama kami akan terus teguh, memandang ke hadapan, dan saling membawa manfaat,” katanya.

Encik Wong dan Putera Al-Muhtadee Billah turut melawat pameran Impressions of Monet di Flower Dome.

Putera Al-Muhtadee Billah melawat Singapura dari 10 hingga 14 September untuk menghadiri Program Pemimpin Muda Singapura-Brunei ke-10, platform utama di mana pemimpin kedua-dua negara bergilir-gilir melawat satu sama lain untuk membina dan memperbaharui hubungan dua hala dan peribadi.

Encik Wong menerima kunjungan Putera Al-Muhtadee Billah ke Singapura buat kali pertama sejak beliau dmengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Singapura pada Mei.

Sebelum ini, beliau mengetuai delegasi ke Brunei untuk menghadiri edisi kesembilan program itu pada Disember 2023, ketika beliau menjadi Timbalan Perdana Menteri.

Putera Al-Muhtadee Billah, 50 tahun, adalah barisan pertama untuk menggantikan ayahandanya, Sultan Brunei Hassanal Bolkiah.

Sultan Hassanal Bolkiah yang berusia 78 tahun itu diketahui telah menjalin persahabatan sejak awal dengan Perdana Menteri Pengasas Singapura, Encik Lee Kuan Yew, ketika kedua-dua pemimpin ini berusaha untuk memimpin negara muda masing-masing dalam era pasca perang dan pasca penjajahan.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg