Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Putera Mahkota Brunei lawat Pusat Kecemerlangan Prestasi Askar

Sep 13, 2024 | 4:12 PM
Putera Mahkota Brunei, Putera Al-Muhtadee Billah (beret merah), dan Menteri Negara Kanan (Pertahanan), Encik Heng Chee How (berkemeja putih), memeriksa kawalan kehormatan di Pusat Kecemerlangan Prestasi Askar (CESP).
Putera Mahkota Brunei, Putera Al-Muhtadee Billah (beret merah), dan Menteri Negara Kanan (Pertahanan), Encik Heng Chee How (berkemeja putih), memeriksa kawalan kehormatan di Pusat Kecemerlangan Prestasi Askar (CESP). - Foto MINDEF

Putera Mahkota Brunei, Putera Al-Muhtadee Billah, telah melawat Pusat Kecemerlangan Prestasi Askar (CESP) pada 13 September, dihoskan Menteri Negara Kanan (Pertahanan), Encik Heng Chee How.

Semasa lawatan itu, Putera Al-Muhtadee Billah diberi taklimat bagaimana CESP menyumbang kepada pembangunan dan merealisasikan potensi pertempuran penuh setiap askar dalam Angkatan Bersenjata Singapura (SAF).

Ini termasuk cara CESP memanfaatkan sains dan teknologi untuk meningkatkan kecergasan dan pemakanan askar, mengurangkan dan mencegah kecederaan, menguatkan daya tahan askar, dan menambah baik sistem dan peralatan askar dalam SAF.

Putera Al-Muhtadee Billah berada di Singapura dalam lawatan rasmi 10 hingga 14 September atas undangan Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong, bagi menghadiri Program Pemimpin Muda (YLP) Singapura-Brunei ke-10.

Dalam kenyataan pada 13 September, Kementerian Pertahanan (Mindef) berkata lawatan Putera Al-Muhtadee Billah ke CESP menggariskan hubungan pertahanan yang erat dan lama antara Singapura dan Brunei.

“SAF dan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei berinteraksi secara kerap melalui pelbagai aktiviti, termasuk latihan dua hala, kehadiran silang kursus, lawatan peringkat tinggi dan pertukaran profesional.

“Interaksi ini terus meningkatkan persefahaman dan saling melakukan operasi bersama, sambil memperdalam hubungan antara anggota kedua-dua Angkatan Tentera,” kata Mindef.

Turut serta dalam lawatan tersebut adalah Menteri di Pejabat Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan II Brunei, Pehin Halbi Yussof; Menteri Pembangunan Brunei, Datuk Juanda Abdul Rashid, dan Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasi Brunei, Datuk Shamhary Mustapha.

Mereka diiringi Menteri Negara Kanan di Pejabat Perdana Menteri, Encik Desmond Tan; Panglima Pasukan Pertahanan, Laksamana Madya (VADM) Aaron Beng; serta pegawai-pegawai kanan dari Singapura dan Brunei.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg