Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

SM Lee makan malam bersama Putera Mahkota Brunei, sahkan hubungan kuat dua negara

Sep 12, 2024 | 7:12 PM
Menteri Kanan, Encik Lee Hsien Loong (empat dari kiri), makan malam bersama Putera Mahkota Brunei, Putera Al-Muhtadee Billah (empat dari kanan), dan delegasinya pada 11 September.
Menteri Kanan, Encik Lee Hsien Loong (empat dari kiri), makan malam bersama Putera Mahkota Brunei, Putera Al-Muhtadee Billah (empat dari kanan), dan delegasinya pada 11 September. - Foto MDDI

Menteri Kanan, Encik Lee Hsien Loong, telah mengadakan majlis makan malam bersama Putera Mahkota Brunei, Putera Al-Muhtadee Billah, dan delegasinya pada 11 September.

Putera Al-Muhtadee Billah sedang berada di Singapura dari 10 hingga 14 September bagi menghadiri Program Pemimpin Muda (YLP) Singapura-Brunei ke-10.

Dalam satu hantaran di Facebook pada 11 September, Encik Lee berkata YLP telah menjadi wadah penting untuk memupuk persahabatan yang kukuh dan pertukaran bermakna antara pemimpin muda kededua negara sejak ia dilancarkan pada 2013.

Kehadiran Putera Al-Muhtadee Billah juga merupakan detik penting kerana Singapura dan Brunei bakal meraikan ulang tahun ke-40 penjalinan hubungan diplomatik antara kededua negara.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg