Perdana Menteri Lawrence Wong melakukan kunjungan ke atas Yang di-Pertuan Agong Malaysia, Sultan Ibrahim, di Istana Negara pada 7 Januari, semasa menghadiri Rahat Pemimpin Malaysia-Singapura ke-11 di Putrajaya, Malaysia.
Dalam satu catatan Facebook pada 7 Januari, Encik Wong berkata: “Saya berbesar hati dapat bertemu Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, Raja Malaysia pada pagi ini.
“Saya mengucapkan terima kasih atas sokongan padu dan lama beliau kepada hubungan dua hala kita, dan memberikan kemas kini berkenaan projek-projek yang dua negara ini sedang usahakan bagi mengukuhkan hubungan dua hala kami,” ujar Encik Wong
Semasa Rahat Pemimpin itu, Encik Wong dan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim, antara lain menyaksikan pertukaran beberapa dokuman perjanjian dan Memorandum Persefahaman (MOU) dalam pelbagai bidang dan kementerian bagi memperkukuh hubungan dua hala.
Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg