SPH Logo mobile
Langgan|

PM Wong terima ucapan tahniah PM Kemboja, PM Thailand

PM Wong terima ucapan tahniah PM Kemboja, PM Thailand

May 7, 2025 | 8:33 PM

PM Wong terima ucapan tahniah PM Kemboja, PM Thailand

Perdana Menteri Encik Lawrence Wong
Perdana Menteri Encik Lawrence Wong - Foto REUTERS

Perdana Menteri Encik Lawrence Wong telah menerima ucapan tahniah berupa panggilan telefon daripada Perdana Menteri Kemboja, Encik Hun Manet dan Perdana Menteri Thailand, Cik Paetongtarn Shinawatra pada 7 Mei, menyusuli keputusan Pilihan Raya Umum (GE) 2025 baru-baru ini, menurut satu kenyataan media Kementerian Ehwal Luar Singapura (MFA) pada 7 Mei.

Encik Wong dan Encik Hun Manet menekankan tentang persahabatan yang berkekalan antara Singapura dengan Kemboja sedang kededua negara menandakan hubungan diplomatik 60 tahun pada 2025, dan memandang ke hadapan untuk melanjutkan kerjasama dua hala pada mesyuarat mereka yang selanjutnya.

Sementara itu Encik Wong dan Cik Paetontarn sekali lagi mengesahkan hubungan berkekalan dan berbilang antara Singapura dengan Thailand.

Encik Wong telah mempelawa Cik Paetongtarn untuk mengunjungi Singapura lewat tahun ini, sedang kededua negara menandakan 60 tahun hubungan diplomatik, bagi meneruskan perbincangan mengenai kerjasama dua hala yang mendalam.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg