Perdana Menteri Encik Lawrence Wong telah mengadakan perbincangan dengan Presiden Majlis Eropah, Encik Charles Michel pada 29 Julai.
Menyatakan demikian dalam catatan Facebook beliau pada 29 Julai, Encik Wong berkata kededua mereka bertukar pandangan tentang pembangunan serantau dan sejagat, dan memperkukuh kekuatan kerjasama Kesatuan Eropah (EU) dengan Singapura.
“Teurtamanya, kededua pihak baru sahaja menamatkan perbincangan mengenai Perjanjian Dagangan Digital EU-Singapura.
“Ini adalah perjanjian dagangan digital pertama antara EU dengan sebuah negara Asean, dan boleh membuka laluan bagi hubungan lebih rapat antara kededua rantau.
“Menantikan hubungan yang mendalam dengan EU!,” kata Encik Wong.
Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg