Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

PM Wong ucap Selamat Hari Raya Haji

Jun 7, 2025 | 5:59 PM
perdana menteri lawrence wong
Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong, berkata Hari Raya Aidiladha adalah masa untuk umat Islam Singapura merenung nilai-nilai belas kasihan dan kemurahan hati. - Foto ZAOBAO

Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong, mengucapkan Selamat Hari Raya Haji kepada masyarakat Islam Singapura.

Beliau turut mengucapkan kepada semua jemaah Singapura semoga dapat mengerjakan haji yang bermakna serta perjalanan pulang ke tanah air yang selamat.

Dalam satu catatan Facebook pada 7 Jun, Encik Wong berkata Hari Raya Haji ialah masa untuk merenungkan nilai belas kasihan dan kemurahan hati.

“Melalui ibadah korban, daging (korban) diagihkan kepada mereka yang memerlukan, tanpa mengira bangsa atau agama, dan ini mengingatkan kita tentang (nilai) kemanusiaan dan semangat kemasyarakatan kita bersama,” kata Encik Wong.

Menurut Majlis Ugama Islam Singapura (Muis), seramai 900 jemaah Singapura telah mendaftar untuk menunaikan haji pada 2025.

Kumpulan pertama jemaah haji Singapura dijangka pulang ke tanah air pada 17 Jun.

Bagi ibadah korban pada 2025 pula, SalamSG menerima hampir 5,700 tempahan untuk menunaikan ibadah korban di luar negara, peningkatan kira-kira 20 peratus berbanding 2024.

Sekitar 65 peratus daging korban yang ditempah akan didermakan di dalam dan luar negara.

Dalam pada itu, sekitar 13,000 kilogram daging biri-biri yang didermakan akan ditinkan dan dihantar ke Gaza melalui rakan kongsi yang dipercayai, sebagai sebahagian daripada usaha pengedaran daging-daging korban itu.

Bahagian selebihnya akan diagihkan melalui program SalamSG Gives serta masjid yang mengambil bahagian yang mempunyai unit pembangunan sosial.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg