Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

PM Wong ucap tahniah pada PM Sri Lanka atas pelantikan semula

Nov 28, 2024 | 4:11 PM
Perdana Menteri Sri Lanka yang baru dilantik, Dr Harini Amarasuriya, tiba di bangunan Parlimen untuk menghadiri istiadat perasmian Parlimen ke-10.
Perdana Menteri Sri Lanka yang baru dilantik, Dr Harini Amarasuriya, tiba di bangunan Parlimen untuk menghadiri istiadat perasmian Parlimen ke-10. - Foto EPA-EFE

Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong, pada 28 November mengucapkan tahniah kepada anggota Parlimen Sri Lanka, Cik Harini Amarasuriya, atas pelantikan semula beliau sebagai Perdana Menteri selepas pilihan raya umum tergempar negara itu.

Dr Amarasuriya, yang turut memegang portfolio tambahan bagi keadilan, pendidikan, kesihatan, dan buruh, dilantik semula pada 18 November oleh Presiden baru Sri Lanka, Encik Anura Kumara Dissanayake.

Gabungan berhaluan kiri pimpinan Presiden Dissanayake, yang kebanyakannya terdiri daripada pemimpin politik baru, memenangi 159 kerusi dalam Parlimen yang mempunyai 225 ahli pada pilihan raya 14 November lalu.

Dr Amarasuriya merupakan seorang pensyarah sosiologi berusia 54 tahun yang dikenali kerana terlibat aktif dalam isu kesaksamaan jantina dan hak minoriti. Beliau pertama kali dipilih ke Parlimen empat tahun lalu, lapor The Straits Times.

Beliau dilantik sebagai perdana menteri buat kali pertama pada 24 September dan bertindak sebagai menteri sementara bersama dua anggota Parlimen lain selepas Parlimen dibubarkan.

Dalam suratnya kepada Dr Amarasuriya, Encik Wong mengucapkan “setinggi-tinggi tahniah”, sambil mengambil perhatian “mandat kuat” yang diberikan oleh rakyat Sri Lanka kepada beliau untuk memimpin negara itu dan memulakan reformasi.

“Saya yakin bahawa di bawah kepimpinan anda, Sri Lanka akan berjaya dan menjadi lebih kuat,” katanya.

PM Wong juga memuji hubungan jangka panjang dan rapat antara Singapura dengan Sri Lanka, yang menurutnya “dibina atas asas yang kukuh melalui kerjasama ekonomi dan hubungan antara rakyat”.

“Kedua-dua negara kita bekerjasama dalam banyak bidang, termasuk dalam kredit karbon, penjagaan kesihatan, dan pendigitalan.

“Ketika kita menghampiri ulang tahun ke-55 hubungan diplomatik pada 2025, saya berharap dapat bekerjasama lebih erat lagi untuk memperkukuhkan persahabatan antara Singapura dengan Sri Lanka,” ujarnya.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg