Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

PM Wong ucap takziah kepada keluarga mangsa taufan Vietnam

Sep 12, 2024 | 5:20 PM
Kenaikan paras air akibat taufan Yagi di Vietnam mencapai paras tertinggi dalam tempoh 20 tahun.
Kenaikan paras air akibat taufan Yagi di Vietnam mencapai paras tertinggi dalam tempoh 20 tahun. - Foto AFP

Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong, menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa taufan Yagi, yang telah mengakibatkan kematian dan kemusnahan di utara Vietnam.

Dalam sepucuk surat kepada Perdana Menteri Vietnam, Encik Pham Minh Chinh, pada 11 September, Encik Wong berkata beliau amat berdukacita mendengar berita kehilangan nyawa dan kemusnahan akibat taufan itu.

“Bagi pihak pemerintah Singapura, saya ingin sampaikan ucapan takziah kepada keluarga mangsa dan simpati yang tulus terhadap mereka yang hidupnya terjejas,” kata beliau.

Menurut Encik Wong, sebagai negara anggota Asean, rakan strategik serta rakan rapat Vietnam, Singapura bersedia menyokong Vietnam dalam masa yang sukar ini, lapor The Straits Times. 

Taufan Yagi, taufan paling kuat melanda Asia pada 2024, membadai Vietnam pada 7 September.

Menurut anggaran pemerintah, sekurang-kurangnya 179 orang terbunuh, manakala 145 orang masih hilang.

Kejadian banjir turut memaksa ribuan penduduk yang tinggal berhampiran Sungai Merah di ibu kota Vietnam, Hanoi, dipindahkan pada 11 September, selepas air naik ke paras tertinggi dalam tempoh 20 tahun dan membanjiri jalanan.

Menteri Ehwal Luar, Dr Vivian Balakrishnan, turut menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga mangsa dalam suratnya kepada rakan sejawatan dari Vietnam, Encik Bui Thanh Son, pada 11 September.

“Saya ingin mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa dan berharap agar mereka yang cedera akan segera pulih,” kata beliau, sambil menawarkan kesediaan Singapura membantu dalam sebarang usaha bantuan.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg