Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Tidak mustahil polis wanita belah lautan

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

RENCANA

Tidak mustahil polis wanita belah lautan

Mar 16, 2024 | 05:30 AM



Bagi tiga pegawai ini, tiada yang mustahil, meskipun dikelilingi kaum Adam. Berita Harian menyingkap kisah pegawai wanita yang melakar hala tuju dalam kerjaya yang dikuasai lelaki sempena Hari Wanita Sedunia yang disambut baru-baru ini.

Perkataan ‘mustahil’ umpama tidak wujud dalam kamus Staf Sarjan Kanan (SSSgt) Khairina Abdul Hamid Ali.

Apa tidaknya, daripada memanjat anak tangga untuk menaiki kapal dengan memakai peralatan peribadi seberat hampir 20 kilogram sehinggalah menjadi pembimbing kepada pegawai di bawah jagaannya – semua boleh beliau lakukan.

Apa jua peranan yang dilakukan kaum Adam, beliau juga boleh melaksanakannya.

Pegawai Polis Pengawal Pantai (PCG) berusia 33 tahun itu menjelaskan: “Salah tanggapan awal yang saya dapat adalah apabila sedang angkat barang berat, kaum Adam akan kata ‘tak apa, ini berat, biar saya angkat’.

“Saya katakan kepada mereka ‘Tak apa, saya boleh angkat sendiri’.”

Beliau merujuk kepada berat kotak peluru – di samping senapang, topi keledar dan peralatan lain – yang perlu diangkut masuk ke dalam bot pengawal atau dipakainya.

SSSgt Khairina merupakan satu-satunya wanita dalam kalangan 44 anggota dalam pasukannya.

Sungguhpun demikian, beliau tidak mendapati sebarang kesukaran untuk berkomunikasi dengan pegawai lelaki yang lain.

Malah, beliau menjelaskan cabaran paling besar baginya adalah dari segi cuaca, memandangkan ia boleh bertukar dalam sekelip mata dan boleh mengancam nyawa, terutama apabila sedang berada di laut – misalnya ketika hujan lebat dan penglihatan menjadi kabur.

Menyingkap kisah apabila beliau memulakan kerjaya sebagai pegawai PCG pada 2015, SSSgt Khairina berkata beliau tidak dibenarkan meninggalkan bot pengawal apabila anggota lain memeriksa sesebuah kapal.

Ketika itu antara lain, beliau dikehendaki melakukan perkara asas seperti mengikat tali dan menulis diari.

Selepas hampir sebulan, beliau masih diminta membuat hal sedemikian dan tidak dibenarkan memeriksa kapal.

SSSgt Khairina berkata: “Kami ada kalanya perlu naik kapal untuk jalankan pemeriksaan.

“Saya perasan bahawa saya diminta untuk kekal di dalam bot pengawal. Pembimbing saya tidak benarkan saya keluar. Saya pun terfikir ‘adakah kerana saya seorang wanita?’

“Saya memberitahu mentor saya yang saya… ingin naik kapal dan belajar cara periksa dan cara berkomunikasi dengan orang lain.

“Adakah kerana saya seorang wanita, anda takut sesuatu berlaku kepada saya? Kami di sini untuk lakukan kerja yang sama.”

Sedikit demi sedikit, beliau diberi pendedahan dan kepercayaan untuk terlibat sama dalam segala bentuk operasi dan kini mengetuai sekumpulan pegawai.

SSSgt Khairina akur beliau pernah membimbing salah seorang anggota yang seakan cerminan dirinya suatu ketika dahulu dan pengalaman itu mengajarnya erti kesabaran.

Beliau seloroh: “Ada satu anggota saya ni, beliau ambil masa sedikit untuk memahami sesuatu. Ia serupa saya kerana saya pun ambil sedikit masa untuk belajar atau faham sesuatu.

“Tetapi saya rasa teruja kerana berkat kesungguhannya, beliau menerima anugerah setelah berjaya mengesan pencerobohan.

“Bahkan beberapa hari sebelum beliau ORD (tamat perkhidmatan negara sepenuh masa), beliau hantar gambar but dan bertanya sekiranya ia digilap dengan baik.

“Saya tak jangkakan beliau akan kongsi gambar tersebut jadi langkah kecil seperti inilah (yang tidak dapat saya lupakan).

“Yang penting, anda perlu banyak bersabar dan belajar seberapa banyak mungkin (dalam kerjaya ini).”




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >