Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Polis: Awas penipu menyamar sebagai pegawai pemerintah, usah pindahkan wang

Jan 5, 2025 | 6:52 PM
Penipu akan mengarahkan mangsa supaya mendedahkan butiran peribadi dan kelayakan perbankan mereka.
Penipu akan mengarahkan mangsa supaya mendedahkan butiran peribadi dan kelayakan perbankan mereka. - Foto ST

Rakyat Singapura yang mendapat panggilan daripada orang yang mendakwa sebagai pegawai pemerintah harus berhati-hati dan tidak memindahkan sebarang wang kepada mereka, kata polis.

Para penipu itu, yang sering menggunakan nombor telefon tempatan, akan cuba menyamar sebagai pegawai pemerintah daripada Kementerian Penerangan dan Pembangunan Digital (MDDI) atau agensi pemerintah lain, seperti Pasukan Polis Singapura (SPF), Penguasa Kewangan Singapura (MAS) atau Kumpulan Respons Kecemasan Komputer Singapura (SingCert).

Mereka mungkin memberitahu mangsa bahawa nombor telefon Singapura mereka telah disalah guna dalam iklan penipuan pekerjaan Malaysia, dan mereka juga mungkin cuba memindahkan panggilan itu kepada seorang pegawai ‘Interpol Malaysia’, kata polis dalam satu kenyataan pada 5 Januari, lapor The Straits Times.

Penipu itu kemudian mungkin mengarahkan mangsa supaya mendedahkan butiran peribadi dan butiran perbankan mereka atau memindahkan wang ke dalam akaun bank yang disediakan oleh mereka.

Polis berkata tiada pegawai pemerintah akan meminta orang ramai mengambil sembarang tindakan seperti di atas atau membuat mereka memasang aplikasi mudah alih bukan pemerintah daripada penyedia aplikasi tidak rasmi.

Maklumat lanjut tentang penipuan boleh didapati di https://www.scamshield.gov.sg/ atau dengan menghubungi talian bantuan ScamShield di 1799.

Sesiapa yang mempunyai maklumat tentang jenayah berkaitan penipuan boleh melaporkannya dalam talian di https://www.police.gov.sg/i-witness atau melalui talian ‘hotline’ polis: 1800-255-0000.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg