Polis buru suspek yang ceroboh rumah di Upper Thomson

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Polis buru suspek yang ceroboh rumah di Upper Thomson

Feb 22, 2026 | 1:23 PM

Polis buru suspek yang ceroboh rumah di Upper Thomson

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
Polis berkata pada 22 Februari bahawa mereka menerima panggilan bantuan dari sebuah kediaman di Marigold Drive sekitar 9.40 malam pada 21 Februari.
Polis berkata pada 22 Februari bahawa mereka menerima panggilan bantuan dari sebuah kediaman di Marigold Drive sekitar 9.40 malam pada 21 Februari. - Foto PEMBACA ST

Polis sedang memburu seorang suspek yang didakwa menceroboh sebuah rumah di estet privet di Upper Thomson pada malam 21 Februari.

Menjawab pertanyaan The Straits Times (ST), polis berkata pada 22 Februari bahawa mereka menerima panggilan bantuan di sebuah kediaman di Marigold Drive sekitar 9.40 malam pada 21 Februari.

Setibanya di lokasi, pegawai polis mendapati seorang individu didakwa telah memasuki premis kediaman tanpa kebenaran dan telah meninggalkan lokasi sebelum mereka tiba.

Usaha untuk mengesan suspek sedang dijalankan, kata polis, sambil menambah bahawa siasatan masih berjalan.

Polis menasihatkan orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan insiden itu supaya menghubungi mereka di talian 1800-255-0000, atau menghantar maklumat secara dalam talian di www.police.gov.sg/i-witness.

Semua maklumat yang diterima akan dirahsiakan.

Penduduk dinasihatkan supaya sentiasa berwaspada dan segera melaporkan man-mana individu atau aktiviti mencurigakan kepada polis, tambah mereka.

Dalam gambar yang diambil sekitar 11.20 malam dan dikongsi dengan ST, kelihatan lima kenderaan polis Pasukan Operasi Khas berada di Upper Thomson Road.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg