Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Polis diizin tidak ambil tindakan lanjut dalam kes tidak serius, ada alasan wajar

Jun 14, 2024 | 6:27 PM
polis
Mulai 17 Jun, pihak polis boleh memutuskan untuk tidak mengambil tindakan lanjut dalam kes kesalahan yang tidak boleh ditangkap. Ini jika pegawai polis mempunyai sebab untuk mempercayai kes tersebut tidak serius, atau jika terdapat alasan yang tidak mencukupi untuk meneruskan perkara tersebut. - Foto fail

Mulai 17 Jun, pihak polis boleh memutuskan untuk tidak mengambil tindakan lanjut dalam kes kesalahan yang tidak boleh ditangkap, jika pegawai polis mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa kes tersebut tidak serius, atau jika terdapat alasan yang tidak mencukupi untuk meneruskan perkara tersebut.

Perubahan itu adalah sebahagian daripada bahagian pertama pindaan kepada Akta Penguatkuasaan Undang-undang dan Perkara-Perkara Lain, yang diluluskan di Parlimen pada 2 April.

Pada masa ini, apabila polis menerima laporan tentang kesalahan yang tidak boleh ditahan, polis perlu menyiasat atau merujuk pemberi maklumat kepada Majistret atau kepada orang tengah di Pusat Pengantaraan Masyarakat (CMC).

“Dalam beberapa kes, ia bukanlah penggunaan sumber awam yang baik untuk berbuat demikian. Oleh yang demikian, akta tersebut meminda Kanun Prosedur Jenayah (CPC) bagi membolehkan polis memutuskan untuk tidak mengambil tindakan selanjutnya.

“Peruntukan yang sama sudah sedia ada untuk kesalahan yang boleh ditangkap,” kata Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA) dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada 14 Jun.

Antara perubahan lain pada akta tersebut termasuk membenarkan pegawai Penguasa Pengawalan Perjudian (GRA) dan Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) untuk memberikan jaminan atau bon peribadi bagi orang yang telah mereka tangkap.

Ia juga membenarkan orang yang ditangkap di bawah Akta Pendaftaran Negara dan Akta Pasport untuk ditahan di depoh imigresen.

Pada masa ini, CPC memberi kuasa kepada pegawai polis, tetapi bukan pegawai penguat kuasa daripada agensi penguat kuasa undang-undang lain di bawah Home Team, untuk memberikan jaminan atau bon peribadi kepada orang yang ditangkap.

Orang yang ditangkap oleh Biro Narkotik Pusat (CNB), ICA atau GRA perlu dibawa ke pegawai polis, untuk dibebaskan dengan ikat jamin.

Menurut MHA, pindaan ini akan mengukuhkan kecekapan operasi Home Team, dan mengurangkan risiko operasi apabila membawa orang yang ditangkap ke balai polis bagi tujuan memberi jaminan atau menahan mereka.

Perubahan lain kepada Akta Penguatkuasaan Undang-undang dan Perkara-Perkara Lain yang berkuat kuasa pada 17 Jun termasuk mempermudah dan perlindungan operasi Reben Kuning Singapura (YRSG).

Ini termasuk meminda Akta Perbadanan Perusahaan Pemulihan Singapura untuk memberi YRSG hak eksklusif menggunakan simbol, dan simbol inisiatif YRSG yang berkaitan dengan misi YRSG, serta menjadikan penyalahgunaan simbol ini untuk niat jahat satu jenayah.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg