Polis dipanggil selepas calon presiden, Encik Ng Kok Song dilempar dengan kata-kata kesat semasa membuat kunjungan temu mesra di Clementi.
Ketika kunjungan di pusat beli belah Clementi Mall itu, seorang lelaki yang menunggang basikal telah menghampiri Encik Ng lalu menjerit kata-kata kesat dan mengekorinya buat seketika.
Pada masa itu, sekitar 7 malam, Encik Ng baru sahaja bercakap kepada media, kata kenyataan yang dikeluarkan pasukan perhubungan media beliau.
“Lelaki itu kemudian mula menjerit kata-kata kesat, membuat isyarat (tangan) seolah-olah mengancam dan telah mengekori Encik Ng buat seketika,” kata kenyataan itu.
“Beliau kemudian meninggalkan kawasan tersebut sambil menjerit nama Encik Tan Kin Lian.
“Encik Ng tidak mengalami sebarang kecederaan semasa insiden itu,”
Menurut kenyataan itu, salah seorang anggota awam telah membuat laporan polis mengenai kejadian itu.
Polis yang tiba tidak lama kemudian mengambil kenyataan daripada anggota pasukan Encik Ng,” menurut kenyataan itu.
“Tiada rancangan untuk membatalkan kunjungan temu mesra atau aktiviti Encik Ng pada hari terakhir tempoh kempen,” menurut kenyataan itu.
BH telah menghubungi polis untuk mendapatkan butiran lanjut.
Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg