Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Polis: Usah pakai barang kemas, bawa wang tunai berlebihan ke bazar

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Polis: Usah pakai barang kemas, bawa wang tunai berlebihan ke bazar

Mar 07, 2024 | 06:07 PM



Orang ramai yang merancang mengunjungi bazar Geylang Serai, yang akan bermula dari 8 Mac hingga 10 April ini, dinasihatkan agar tidak memakai barang kemas berlebihan atau membawa wang tunai yang banyak.

Ia sebagai langkah keselamatan, menurut kenyataan polis pada 7 Mac.

Menurut laporan The Straits Times (ST), bazar dijangka sesak, terutama pada hujung minggu, menjelang Hari Raya Puasa.


Keadaan trafik juga dijangka sesak di sepanjang Changi Road dan Sims Avenue, terletak berdekatan bazar, dan pemandu kenderaan dinasihatkan agar mengelakkan jalan terjejas.

Tindakan penguatkuasaan akan diambil terhadap individu yang meletakkan kereta secara haram, kata polis.

Pada 2023, sekitar tiga juta orang mengunjungi bazar Geylang Serai menjelang pertengahan April, kira-kira seminggu sebelum acara itu berakhir pada 21 April.

Kenyataan polis itu turut menasihatkan orang ramai agar terus berwaspada terhadap jenayah dengan mengambil langkah berikut:

  • Usah tinggalkan barang anda tanpa diawasi di tempat awam.
  • Jangan terpedaya dengan orang tidak dikenali yang membuat kekecohan atau secara tidak sengaja terlanggar atau menumpahkan sesuatu pada anda.
  • Elakkan daripada meletakkan dompet dalam poket belakang. Sentiasa sandang beg tangan di hadapan anda dan pastikan ia ditutup atau dizip.
  • Berwaspada dengan persekitaran anda. Jika boleh, pastikan adanya jarak jika seseorang berdiri atau duduk terlalu dekat dengan anda.
  • Jika anda mengesyaki bahawa anda sedang diekori, bawa bertenang dan tuju ke kawasan yang sesak atau hubungi polis untuk dapatkan bantuan.
  • Kekalkan jarak rapat dengan rakan anda atau bergerak secara kumpulan apabila berada di tempat yang sesak.
  • Jika anda dicabul, dapatkan bantuan segera dengan menjerit, atau dapatkan pertolongan orang berdekatan untuk meningkatkan peluang menangkap si pelaku. Segera hubungi 999.

Polis turut mengingatkan orang ramai supaya berwaspada dengan kemungkinan berlakunya penipuan ketika membuat pembelian dalam talian atau ingin menyewa kenderaan sebagai persediaan menyambut perayaan.

Orang ramai dinasihatkan agar menggunakan Aplikasi ScamShield untuk melindungi diri mereka daripada panggilan dan mesej penipuan, dan menetapkan ciri keselamatan seperti Pengesahan Data Tahap Kedua (2FA).

Polis juga memandang serius terhadap sesiapa yang menyalakan bahan letupan bunga api.

Sesiapa yang ditangkap boleh didakwa di mahkamah kerana bertindak terburu-buru atau cuai melibatkan bahan berbahaya.

Sekiranya perbuatan itu berkemungkinan mencederakan orang lain atau membahayakan nyawa manusia, jika sabit kesalahan, pesalah boleh dipenjara sehingga setahun, didenda sehingga $5,000, atau kedua-duanya.

Jika perbuatan itu mencederakan orang lain, dan jika sabit kesalahan, pesalah boleh dikenakan hukuman penjara sehingga tiga tahun, denda, atau kedua-duanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >