Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Polis: Waspada penipuan tiket konsert; 722 kes dilapor libat $615,000

Dec 12, 2025 | 7:34 PM
Singapura, penipuan, tiket konsert, polis
Beberapa tangkap layar yang menunjukkan penipuan jualan tiket konsert di wadah X dan media sosial China, Xiaohongshu. Menurut polis, sekurang-kurangnya 722 kes penipuan tiket konsert telah dilaporkan, dengan kerugian berjumlah sekurang-kurangnya $615,000 dari Januari hingga Oktober. - Foto PASUKAN POLIS SINGAPURA

Menjelang konsert K-pop pada awal 2026, polis pada 12 Disember, mengulangi amaran kepada orang ramai mengenai penipuan tiket konsert.

Kumpulan K-pop lelaki veteran, Super Junior, akan mengadakan konsert jelajah, Super Show 10, di Singapura pada Januari 2026.

Kumpulan Seventeen pula akan membuat persembahan di sini sebagai sebahagian daripada Seventeen World Tour [New_] yang sangat dinantikan pada Mac 2026.

Dari Januari hingga Oktober, sekurang-kurangnya 722 kes penipuan tiket konsert telah dilaporkan, dengan kerugian berjumlah sekurang-kurangnya $615,000, kata polis pada 12 Disember. 

Kes itu termasuk sekurang-kurangnya $26,000 yang hilang akibat penipuan menjual tiket konsert palsu untuk kumpulan K-pop wanita, Blackpink, lapor The Straits Times (ST).

Dalam penipuan sebegitu, mangsa biasanya akan menemui tawaran di wadah dalam talian seperti Telegram, Carousell, X, Facebook dan media sosial China, Xiaohongshu.

Penipu sering menunjukkan tangkap layar atau video tiket palsu atau resit untuk meyakinkan mangsa tiket tersebut asli dan mendesak mangsa agar membayar segera dengan alasan tawaran “masa terhad” atau “jumlah terhad” dan berjanji untuk menghantar tiket. 

Namun, apabila mangsa tidak menerima tiket tersebut, penipu akan mendakwa bayaran awal mangsa belum diterima dan meminta bayaran tambahan.

Mangsa hanya sedar ditipu apabila tiket tidak dihantar atau apabila penjual tidak dapat dihubungi.

Polis berkata: “Mereka yang didapati membeli tiket yang dijual semula akan dihalang daripada memasuki konsert tanpa sebarang bayaran balik.

“Orang ramai dinasihatkan agar berhati-hati dengan penjual semula yang mendakwa boleh memindahkan tiket ke akaun Ticketmaster anda, kerana tiket ini tidak boleh dipindah milik. Ticketmaster juga tidak menghantar tiket melalui e-mel.”

Selaras dengan Dasar Perdagangan Meta, Facebook Marketplace tidak membenarkan kandungan yang mempromosikan pembelian, penjualan atau pertukaran tiket acara.

Dasar TikTok Shop juga tidak menyokong penjualan tiket konsert.

Carousell secara berkala menurunkan senarai penipuan tiket jual semula, terutama bagi acara popular.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg