Calon Pilihan Raya Umum 2025 (GE2025) dan para penyokong boleh berkumpul di lima stadium untuk menunggu keputusan GE pada 3 Mei, kata polis.
Lima stadium – tiga untuk Parti Tindakan Rakyat (PAP); satu untuk Parti Pekerja (WP); dan satu lagi untuk Parti Demokratik Singapura (SDP) – telah ditetapkan sebagai pusat perhimpunan dan diberikan permit oleh Pejabat Permit Pilihan Raya polis.
Stadium tersebut ialah:
[ο] Stadium Bedok – PAP
[ο] Stadium Bukit Gombak – PAP
[ο] Stadium Yio Chu Kang – PAP
[ο] Stadium Kementerian Pendidikan (MOE) (Evans) – SDP
[ο] Stadium Serangoon – WP
Orang ramai yang tidak berpihak kepada mana-mana parti politik juga boleh berkumpul di stadium tersebut untuk menunggu keputusan pilihan raya, lapor The Straits Times.
Kesemua pusat perhimpunan tersebut akan dibuka mulai 8 malam, apabila pusat mengundi ditutup, sehingga 30 minit selepas keputusan terakhir pilihan raya diumumkan.
Semasa GE2020, keputusan rasmi terakhir untuk kawasan undi yang dipertandingkan diumumkan sekitar 3.45 pagi, sehari selepas Hari Mengundi pada 10 Julai 2020.
Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg