Politik
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Ahmad Mattar pacu perubahan dalam pendidikan masyarakat Islam

May 22, 2025 | 6:28 PM
Dr Ahmad Mattar, Dr Wee Kim Wee
Dr Ahmad Mattar (kiri) mengangkat sumpah sebagai Menteri Sekitaran merangkap Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam pada 28 November 1990, sambil disaksikan Presiden Singapura ketika itu, Dr Wee Kim Wee. - Foto fail

Dr Ahmad Mattar menyertai politik pada 1972 dan dilantik ke jawatan tertinggi di Kementerian Sekitaran pada 1985, yang mana beliau berkhidmat selama 10 tahun.

Beliau merupakan Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam pertama dan memegang jawatan tersebut dari 1977 hingga 1993.

Semasa memegang jawatan tersebut, beliau menerajui penubuhan Yayasan Mendaki untuk melihat keperluan pendidikan dan kebajikan masyarakat Melayu/Islam.

Ketika itu, Dr Mattar serta beberapa Anggota Parlimen (AP) Melayu membentuk kumpulan kerja yang diberi nama Majlis Pendidikan Anak-Anak Islam, untuk melihat bagaimana tahap pendidikan kanak-kanak Melayu/Islam dapat dipertingkat.

Beliau kemudian menjadi presiden pengasas majlis itu, yang kini dikenali sebagai Mendaki.

Selain pendidikan, Dr Mattar turut menggalakkan masyarakat Melayu/Islam supaya lebih aktif dalam memerangi masalah dadah dalam kalangan masyarakat di samping menyeru masyarakat Islam supaya menderma organ mereka demi menyelamatkan nyawa.

Semasa menjadi Menteri Sekitaran, antara lain, beliau bertanggungjawab memperkenalkan Perintah Kerja Pemulihan (CWO) pada 1992, bagi menangani masalah pembuangan sampah sembarangan.

Beliau juga menyelia pelaksanaan undang-undang merokok yang lebih ketat seperti larangan merokok di tempat awam.

Dr Mattar bersara daripada Kabinet pada 1993 atas sebab-sebab peribadi. Beliau kemudian terus menjadi AP sebelum bersara daripada politik pada 1996.

Sebelum kerjaya politiknya, Dr Mattar merupakan penolong pensyarah di Politeknik Singapura pada 1964. Beliau juga pernah menjadi pensyarah di Jabatan Sains Pembangunan di Universiti Singapura ketika itu.

Beliau menerima pendidikannya di Geylang English School dan Institusi Raffles sebelum ke Fakulti Sains di Universiti Singapura pada 1959, dan merupakan siswazah dalam bidang fizik.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg