Anggota Parti Pekerja (WP) dilihat mengagihkan makanan sempena Ramadan di empat lokasi di GRC Marine Parade-Braddell Heights pada 22 Mac.
Dalam hantaran di catatan Facebook pada 25 Mac, anggota WP, Encik Fadli Fawzi, berkata beliau dan pasukannya telah ke Eunos, Chai Chee, Marine Terrace dan MacPherson bagi pengagihan itu.
Beliau disebut-sebut sebagai salah seorang anggota WP yang dijangka bertanding di GRC itu dalam Pilihan Raya Umum 2025 (GE2025),
Calon lain adalah karyawan teknologi maklumat (IT), Encik Nathanial Koh dan peguam kanan, Encik Harpreet Singh Nehal.
Menurut Encik Fadli, pengagihan tersebut disokong anggota WP yang dikatakan akan bertanding bagi GRC East Coast iaitu Encik Kenneth Foo, Encik Abdul Shariff Aboo Kassim, Encik Ang Boon Yaw dan Encik Yee Jenn Jong.
Sementara itu, Anggota Parlimen (AP) GRC Aljunied daripada WP, Encik Muhammad Faisal Abdul Manap, turut mengagihkan hamper mengandungi antara lain kuih raya kepada 40 keluarga di Kaki Bukit.
Dalam satu hantaran di Facebook pada 25 Mac, beliau berkata kuih tersebut didermakan oleh keluarga berbangsa Cina.
Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg