Politik
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Gerald Giam sedih, tekad terus berkhidmat kepada penduduk

Mar 16, 2025 | 9:27 PM
Anggota Parlimen (AP) GRC Aljunied, Encik Gerald Giam, berkongsi kepada hadirin semasa acara Debat Pasca Belanjawan Parti Pekerja (WP) di ibu pejabat WP di 701 Geylang Road pada 16 Mac.
Anggota Parlimen (AP) GRC Aljunied, Encik Gerald Giam, berkongsi kepada hadirin semasa acara Debat Pasca Belanjawan Parti Pekerja (WP) di ibu pejabat WP di 701 Geylang Road pada 16 Mac. - Foto FACEBOOK/WORKERS’ PARTY YOUTH WING

Anggota Parlimen (AP) GRC Aljunied, Encik Gerald Giam berkata beliau sedih kerana tiga kejiranan dalam kawasan undi itu telah dikeluarkan dan akan disertakan dalam GRC Tampines pada Pilihan Raya Umum (GE) akan datang.

Namun beliau akan terus berkhidmat kepada penduduk yang terjejas sehingga GE2025 tiba.

Tiga daripada kawasan undi dalam GRC Aljunied itu, yang diterajui oleh Parti Pekerja (WP) sejak GE2011, merangkumi 3,834 pengundi dan terletak di bahagian timur Bedok Reservoir.

Ia termasuk dua kawasan yang bersempadan dengan Tampines Avenue 1, Tampines Avenue 10, Bedok Reservoir Road dan Kolam Air Bedok – meliputi kondominium Waterview dan Tropica, serta estet perumahan awam Tampines GreenGem dan Tampines GreenJade yang masih dalam proses binaan.

Perubahan itu berlaku menyusuli laporan Jawatankuasa Semakan Sempadan Pilihan Raya (EBRC) pada 11 Mac

Merujuk kepada estet Tampines GreenGem, projek Bina Ikut Tempahan (BTO) yang baru siap dibina pada 2024, Encik Giam berkata:

“Walaupun dalam beberapa bulan sahaja (sejak estet siap dibina), saya telah menjalin hubungan baik dengan penduduk di sana.

“Tetapi kami sedia maklum bahawa kawasan di bawah kendalian kami boleh diambil dan berubah begitu sahaja,” ujarnya.

Beliau berkata majlis bandaran telah bekerja keras untuk mengatasi isu-isu yang ketara bagi estet BTO yang baru itu.

Menambah, Encik Giam berkata pasukannya akan memastikan proses penyerahan “kawasan undi yang dijaga dengan baik” itu kepada pihak yang mengambil alih berjalan lancar.

Encik Giam berkata demikian semasa ditemui Berita Harian (BH) di luar acara Debat Pasca Belanjawan Parti Pekerja (WP) di ibu pejabat WP di 701 Geylang Road pada 16 Mac.

Empat pasukan bertikam lidah bagi mengetengahkan hujah berkenaan Belanjawan 2025 yang merangkumi dua mauduk utama.

Ia mengenai sama ada Belanjawan memenuhi keperluan keluarga dan kumpulan lebih berisiko secara memadai, melalui usaha kebajikan dan jaringan keselamatan sosial dan berkenaan keberkesanan Belanjawan dalam membantu warga Singapura menghadapi kos sara hidup yang kian meningkat.

Debat itu diadili oleh Encik Giam, AP GRC Sengkang, Profesor Madya Jamus Lim dan ahli ekonomi dan pekerja dari Universiti Sains Sosial Singapura (SUSS), Profesor Madya Walter Theseira.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg